MTLatte Cafe tagged posts

Dapatkan Diskaun 10% Di MTLatte Cafe

mtlatte-cafe-diskaun-10-peratus-jom-ngopi-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang pernah baca entri mengenai MTLatte Cafe di dalam Segmen Jom Ngopi aku dan dengan ini, aku ada satu berita gembira untuk dikongsikan kepada semua terutama kepada peminat-peminat kopi di luar sana. Pemilik MTLatte Cafe telah bermurah hati untuk memberi diskaun sebanyak 10% kepada semua pelanggan di MTLatte dan syaratnya mudah sahaja. Apa yang korang perlu buat untuk dapatkan diskaun ni ialah:

1. Menjamu selera atau minum kopi sambil bersantai di MTLatte Cafe.

2. Layari blog www.eshamzhalim.com di telefon pintar korang dan klik pada entri Jom Ngopi: MTLatte Cafe @ Dataran Ara Damansara

3. Tunjukkan entri tersebut di telefon pintar korang pada staf MTLatte Cafe untuk mendapatkan diskaun 10% daripada jumlah pembayaran.

Senang jer bukan?… Bolehlah ajak rakan-rakan semua berkunjung ke MTLatte Cafe untuk menikmati menu-menu menarik serta jangan lupa untuk mencuba menu kopinya. Ok!.. Jom Ngopi kita!!… 😀

Tawaran diskaun ini sah sehingga 31 Januar...

Jom Baca Lagi....

Jom Ngopi: MTLatte Cafe @ Dataran Ara Damansara

mtlatte-cafe-segmen-jom-ngopi-dataran-ara-damansara-cafe-review-cafe-di-damansara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi Segmen Jom Ngopi pada bulan ini, aku akan membawa pencinta kopi di luar sana untuk berkunjung ke sebuah lagi Cafe yang unik di sekitar Ara Damansara. Terlebih dahulu, terima kasih aku ucapkan kepada Nichole yang merupakan salah seorang pemilik MTLatte Cafe kerana sudi menjemput aku dan geng ngopi yang lain untuk merasai sendiri suasana dan juga menikmati sajian yang terdapat di MTLatte Cafe.

MTLatte Cafe yang terletak di Dataran Ara Damansara ini diusahakan oleh Nichole bersama rakan perniagaannya Alan, dan baru sahaja memulakan operasinya sekitar 2 bulan yang lepas. MTLatte Cafe memilih konsep unik yang berasaskan daripada elemen-elemen Kejuruteraan (Engineering)  bagi menghiasi ruangan dalaman cafenya. Bagi aku setiap cafe haruskan mempunyai kelainan dan juga keunikkan yang boleh dijadikan sebagai identiti cafe itu tersendiri.

Lebih kurang pukul 10.30 pagi aku dan wife telah berada di MTLatte Cafe sambil menunggu Hafeesyam serta Athin...

Jom Baca Lagi....