NKVE Highway tagged posts

UEM Charity Run 2016: We Run NKVE

uem-charity-run-2015-50-tahun-half-marathon-finisher-nkve-werunnkve-persada-plus-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

UEM Charity Run 2016 ataupun Larian Amal UEM 2016 telah diadakan di Persada Plus, Subang Jaya pada 13 Mac 2016 yang lalu. Acara larian amal ini adalah anjuran United Engineers Malaysia Berhad (UEM) bersempena ulangtahunnya  yang ke 50 dan hasil kutipan amal daripada acara ini akan diagihkan kepada beberapa badan-bahan kebajikan seperti Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Yayasan Tuanku Syed Putra, Yayasan IJN, Persatuan Orang Buta Malaysia dan juga Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. Disamping larian amal, pihak penganjur juga mengambil inisiatif untuk menganjurkan karnival yang terbuka kepada peserta atau orang ramai yang hadir di Persada Plus.

Buat julung kalinya, Lebuhraya NKVE (New Klang Valley Expressway) telah ditutup sementara bermula daripada laluan Shah Alam hingga ke Bukit Lanjan di kedua-dua arah bagi memberi peluang kepada para peserta untuk berlari. Hanya empat (4) kategori yang ditawarkan bagi larian ini iaitu 21km, 12km, 6km dan ju...

Jom Baca Lagi....