Open Water Diver tagged posts

Scuba Diving: Bagaimana Scuba Diver Berkomunikasi

isyarat-tangan-scuba-diver-komunikasi-didalam-air-penyelam-bahasa-isyarat-shamphotography-01

Assalamualaikum dan salam mesra,

Pernah tak korang tertanya-tanya atau terpikir, macam mana Penyelam Scuba (Scuba Diver) ni nak berkomunikasi semasa di dalam air ek?. Kalau nak bercakap, mulut dah kena sumbat dengan regulator pastu kalau dapat cakap pun mesti akan keluar buih jer…ekekekeke. Pernah tak korang cuba menjerit atau bercakap di dalam air?… memang ler boleh dengar bunyinya sebab secara asasnya air juga merupakan pengalir bunyi tapi ia akan menjadi kurang jelas.

Ok!..Ok!.. Jangan peningkan kepala yer!. Sebenarnya penyelam scuba akan menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi di antara penyelam-penyelam yang lain. Takde gilernya dorang nak berborak sambil  regulator tersumbat di mulut yer, nanti asyik telan air jer…ahahahahaha. Isyarat tangan ni ada banyak dan bermacam-macam stail tetapi setiap penyelam wajib tahu isyarat tangan yang asas.

Untuk entri Scuba Diving kali ni aku hanya akan terangkan isyarat tangan asas (basic hand signal) yang digunakan oleh penyelam scuba...

Jom Baca Lagi....

Scuba Diving: Peralatan Scuba Diving

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Di entri yang lepas, aku ada bagi info Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Open Water Diver. Aku harap hasil daripada entri aku tu dapat membantu korang tahu tentang proses mendapatkan lesen menyelam ni. Entri kali ni aku akan menulis mengenai peralatan menyelam atau dalam bahasa omputihnya ” Scuba Diving Equipment “.

Kat bawah ni aku senaraikan peralatan asas untuk membolehkan korang menyelam yer… tanpa salah satu peralatan ni mesti korang tak boleh menyelam ok!….. so calon-calonnya adalah:

1. Mask dan Snorkel

peralatan-scuba-diving-scuba-gear-diving-equipment-scuba-set-mask-snorkel-shamphotography

Kalau korang dah biasa gi skodeng ikan (Snorkeling), mesti korang akan guna mask dan snorkel kan?. Peralatan ni juga digunakan oleh penyelam. Sebenarnya mata manusia ni susah nak fokus imej serta penglihatan menjadi kabur (blur) apabila berada di dalam air dan mask ini berfungsi untuk memberikan ruang udara di bahagian sekitar mata bagi membolehkan mata memfokus imej di hadapan dengan lebih jelas...

Jom Baca Lagi....

Scuba Diving: Bagaimana Untuk Menjadi Seorang Open Water Diver

bagaimana-untuk-menjadi-seorang-open-water-diver-lesen-menyelam-ambil-lesen-padi-naui-sdi-diving-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Aku dan wife baru jer selesai kursus Open Water Diver (OWD) pada bulan 3 yang lepas, sekarang ni pon masih terbayang-bayang ikan baracuda berenang-renang kat atas kepala….hihihihihihi. Bagi aku, pengalaman menyelam adalah satu pengalaman yang berharga dan aku tak pernah terpikir atau terlintas pun dalam kepala otak ni untuk mempunyai lesen menyelam. Cuba tengok gambar kitaorg kat atas tu, korang tak rasa teruja ker?…hihihihihi.. tapi kitaorg masih mentah dalam bidang ni dan banyak lagi yang perlu belajar pastu kena selalu gi menyelam untuk tingkatkan lagi kemahiran. Kalau korang nak baca perjalanan dan pengalaman kitaorg masa kursus Open Water Diver (OWD) dulu, leh baca kat entri kat bawah ni haaaa…..

i) Discover Scuba Diving
ii) Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver
iii) Secara Rasmi Kami Adalah PADI Certified Open Water Diver

Tujuan aku menulis entri ni sebenarnya untuk berkongsi pengalaman yang kitaorg lalui bagaimana untuk mendapatkan le...

Jom Baca Lagi....

Secara Rasmi Kami Adalah PADI Certified Open Water Diver

scuba-diving-open-water-diver-pulau-tioman-salang-indah-shamphotography

Salam,

Alhamdulillah….. aku dan wife sekarang dah lulus segala ujian teori dan telah pun menyempurnakan segala syarat yang ditetapkan oleh PADI untuk mendapatkan lesen menyelam. Hasil daripada kerja keras kitaorg dan juga kesabaran Instructor yang melayan karenah kitaorg, akhirnya secara rasminya kitaorg bergelar PADI Certified Open Water Diver. Dalam entri yang lepas, aku ada cerita tentang kelas teori dan latihan di dalam swimming pool. Korang leh baca kat sini — > Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver

Jom aku flashback kisah kitaorg di Pulau Tioman hinggalah berjaya tamatkan kursus. 😀

Akhirnya tiba masa untuk aku dan wife kena lakukan selaman (dive) sebanyak 4 kali di Pulau Tioman untuk lulus dan mendapatkan lesen menyelam (Open Water Diver License), 2 kali kena dive tidak melebihi kedalaman 12 meter dan 2 kali dive lagi tidak melebihi kedalaman 18 meter disamping kena pamerkan skill-skill yang telah kitaorg belajar di hadapan Instructor semasa di dasar laut.

Kitaorg ...

Jom Baca Lagi....

Cabaran Untuk Mendapatkan Lesen Open Water Diver

Salam

PADI-Openwater-Course-Logo-shamphotography

Mungkin bagi sesetengah individu menganggap untuk menjadi seorang diver (penyelam) adalah satu perkara yang mudah tapi tidak bagi aku. Aku rasa untuk menjadi seorang diver adalah satu cabaran buat aku. Aku dan wife sekarang ni dalam proses untuk mendapatkan lesen Open Water Diver daripada Professional Association of Diving Instructors (PADI). Jika berjaya dapatkan lesen ini, kitaorg dibenarkan menyelam serata dunia tanpa penyeliaan Instructor ataupun Divemaster.open-water-diver-lisence-shamphotographyLesen ni sebenarnya ada mengikut tahap kedalaman yang dibenarkan dan bagi diver yang baru dapat lesen Open Water Diver, hanya dibenarkan untuk menyelam sehingga kedalaman 18 meter sahaja. Bagi aku 10 meter pun dah kira amatlah dalam ooooo…. Pada mula nyer kitaorg hanya cuba Discover Scuba Diver tapi selepas itu rasa macam nak amik lesen diver pulak. Terpaksalah keluarkan duit simpanan ASB sket untuk bayar kursus bagi kitaorg berdua.

Oleh kerana kitaorg berdua berkerja so kitaorg terpaksa datang kelas pada sebelah malam...

Jom Baca Lagi....