Outdoor Adventure tagged posts

Menuju Puncak Gunung Datuk, Rembau

gunung-datuk-rembau-negeri-sembilan-hiking-nature-eshamzhalim-lesvoyageurs-urbanescapers-misikinabalu2015-kurakuranaikgunung-outdoor-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra

Nan senteng dilabuhkan, Nan panjang dikeratkan, Nan rumping disisipkan” bermaksud “Yang pendek dipanjangkan, Yang panjang dipendekkan, Yang rosak dibetulkan”. Kemungkinan maksudnya kurang tepat tapi aku sentiasa bersedia untuk menerima komen dan pandangan sekiranya maksud bidalan di atas perlu diperbetulkan. Apakah makna tersirat disebalik kata-kata bidalan itu?…. ermmm…. sehingga sekarang aku masih belum jumpa jawapannya. Mungkin anak-anak nogori boleh memberi pencerahan…. 😀

Pastinya sesiapa yang pernah mendaki Gunung Datuk, mesti akan terbaca kata-kata bidalan di atas. Gunung Datuk atau dikenali juga sebagai Gunung Beradat ini di antara pergunungan yang terdapat di Negeri Sembilan. Terletak di Kampung Batang Nyamor, 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin serta mempunyai ketinggian 2900 kaki (884 meter) dari paras laut.

Menurut sejarah, sekitar tahun 1372, puncak Gunung Datuk pernah digunakan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatan...

Jom Baca Lagi....

ATV Adventure Park Kg Kemensah

 atv-adventure-ride-park-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Assalamualaikum dan salam mesra,

Kalau korang selalu mengikuti entri di blog aku, pasti pernah terbaca entri ‘Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah’ pada bulan lepas. Aku dan wife amat berbesar hati untuk organize kan 1 trip ATV Ride di ATV Adventure Park. ATV Adventure Park ni terletak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang atau yang senang sekali lokasinya adalah di belakang Zoo Negara (Lebih kurang 4.8KM masuk ke dalam lagi daripada Zoo Negara). Sila rujuk kat peta di bawah ni haaaa…..

atv-adventure-ride-park-map-peta-kampung-kemensah-hulu-kelang-all-terrain-vehicle-outdoor-adventure-shamphotography

Dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), korang exit di Zoo Negara dan terus ikut jalan yang menuju ke belakang zoo (Jalan Taman Zooview) hingga sampai ke ATV Adventure Park dan pastikan jangan belok di mana-mana simpang. Korang akan lalu di Kampung Kemensah dan akan melalui jalan yang sempit, jangan risau yer sebab jalannya memang begitu pastu korang akan jumpa papah arah ke ATV Adventure Park lebih kurang 1 KM sebelum sampai ke lokasi. Apabila korang sampai di gerbang ATV Adventure Park nanti, sila pa...

Jom Baca Lagi....

Zombie Run Malaysia 2014

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Badan masih terasa letih dan sengal-sengal lagi sebab berlumba lari dengan Zombie ahad lepas. Kalau korang masih ingat lagi entri “Apa? Ada Zombie Di Malaysia” yang aku tulis lebih kurang 2 minggu lepas, mesti korang tertanya-tanya manakah sambungannya kan?. Fusssss!!… ada banyak lagi entri yang masih dalam status “draft” tapi nampaknya aku siapkan pasal Zombie ni dulu lah.

Zombie Run Malaysia pada tahun ini telah diadakan seiringan dengan Karnival Belia di Precinct 4, Putrajaya. Aku dan wife seawal pukul 2 petang dah menuju ke Putrajaya sebab memang tahu mesti jalan jem. Memang sesak giler nak menuju ke Karnival Belia tu, pastu dengan Waze yang tak berapa nak betul… asyik berpusing-pusing jer kitaorg…hihihihi.. 😀 . Kitaorg terpaksa parking kereta di Precinct 18 pastu kena jalan kaki lebih kurang 2 km untuk ke lokasi Zombie Run ni. Belum kena lari dari zombie lagi, kitaorg dah letih…ahahahahaha....

Jom Baca Lagi....