Outdoor Adventures tagged posts

Tadom Base: Warrior Revolution 2015

tadom-base-warrior-revolution-2015-bukit-tadom-banting-outdoor-adventure-eshamzhalim-toohotdemo

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aktiviti larian kali ini adalah berbeza daripada larian-larian yang aku dan wife pernah daftar sebelum ini. Setelah dihasut dan diracun oleh rakan-rakan, akhirnya aku dan wife buat julung-julung kalinya mendaftar acara Tadom Base: Warrior Revolution 2015 (5km Trail Run) pada 8 Ogos 2015 yang lepas. Apa ker bendanya Tadom Base ni?… sebenarnya Tadom Base Warrior Revolution ini adalah acara Trail Run (Larian Denai) sejauh 5km dan mempunyai 30 halangan yang perlu ditempuhi oleh peserta sebelum menuju ke garisan penamat. Larian ini telah diadakan di Tadom Basecamp yang bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting. Tadom Basecamp ni terletak hanya lebih kurang 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah dijadikan sebagai pangkalan asas dengan pelbagai halangan sukar yang direkacipta khas bagi pengemar-pengemar aktiviti lasak di Malaysia.

Seawal pukul 5.30 pagi, aku dan wife telah berkumpul di RnR Dengkil sebelum bergerak...

Jom Baca Lagi....

Jom Join Layan ATV Di Kampung Kemensah

Salam,

Bulan lepas aku dan wife ada gi Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park. Sebenarnya, itu untuk merasa dan mencuba bagaimana nak menunggang motor bertayar 4 yang diberi nama ATV (All Terrain Vehicle) ni sebelum kitaorg nak gi layan kat ATV Adventure Park di Kampung Kemensah, Hulu Kelang. Aku dah book dan dah bayar deposit untuk 20 ATV dan sekarang dah ada 12 orang yang confirm untuk join kitaorg nanti. Sehingga hari ni, masih ada lagi 8 ATV yang masih tidak bertuan dan aku open jer pada sesiapa yang nak join tapi kena segera ler bayar deposit untuk confirmkan slot.

atv-adventures-park-kampung-kemensah-shamphotography

Sesiapa yang nak join, detailnya aku bagi kat bawah ni….

Tarikh : 7 Jun 2014 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Harga : RM100 seorang
Lokasi : Hulu Kelang ( Belakang Zoo Negara)

Aku amik package B : 1 hingga 1 setengah jam perjalanan (total masa pergi, lepak di air terjun & balik) secara offroad menuju ke air terjun...

Jom Baca Lagi....

Layan ATV Di Mudtrekkerz Cahaya SPK Adventure Park

Salam,

Korang pernah tak menunggang ATV?….alaaa… Motor yang ada 4 tayar tu atau nama panjangnya All-Terrain Vehicle. Minggu lepas, aku dan wife gi mencuba menunggang ATV ni, memang tak sama seperti menunggang motor 2 tayar…lebih-lebih lagi biler nak kawal handle nya sampai aku asyik terbabas ke tepi jer….ahahahahaha. Berat giler nak kontrol tayar depannya tapi aku rasa mungkin sebab first time kot?.

atv-all-terrain-vehicle-shamphotographyGroupfie dulu sebelum mula….

Aku dan wife jumpa offer ATV ni kat Groupon so kitaorg terus ler beli slot untuk 8 orang sebab nak harga murah pastu tracknya pulak kat Cahaya SPK… kat area Puncak Alam jer. Terus tanya pada geng-geng semua dan hasilnya sorang kena RM28 jer untuk 5 laps. Sepatutnya kitaorg redeem Groupon ni bulan 3 ari tu tapi tak dapat sebab hujan lebat so kena ler jadualkan balik bulan ni. Seronok tu memang ler seronok sebab mencuba benda baru kan tapi naik sakit jugak tangan ngan bontot….ahahahahahaha.

Pagi tu hujan gak sebenarnya tapi takde ler lebat sangat, kalau tak memang...

Jom Baca Lagi....