Pandang Rengas tagged posts

Moh Ke Perak: Warisan Masjid Kg Dal & Nan Craft Labu Sayong #VMY2014

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Sekali lagi aku menulis untuk segmen ‘Moh Ke Perak’ bagi mempromosikan negeri kelahiran aku. Walaupun aku dilahirkan di Perak tapi banyak juga tempat menarik di Perak aku belum terjah lagi…hihihihi.. 😀 Terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak kerana menzahirkan peluang ini kepada aku.

Masjid Kampung Kuala Dal @ Masjid Ihsaniah Iskandariah

masjid-kampung-dal-masjid-al-wahidiah-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-tourism-malaysia-famtrip-visit-malaysia-2014-moh-ke-perak-shamphotography

Semasa FAM Trip yang lepas, aku berkesempatan untuk singgah di sebuah masjid yang unik di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas. Masjid Ihsaniah Iskandariah atau lebih dikenali juga Masjid Kampung Kuala Dal merupakan salah sebuah masjid bersejarah di negeri Perak. Masjid 2 tingkat ini memang unik dengan rekabentuk binaannya menyerupai seperti sangkar burung ataupun tikar mengkuang. Dinding masjid ini diperbuat daripada anyaman buluh minyak yang dipanggil ‘Dinding Tepas/Tepus’ bermotif Geomatri Arab dan dicat dengan warna bendera negeri Perak. Kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’...

Jom Baca Lagi....