Pantai-Pantai Di Pulau Pinang tagged posts

Menjejaki Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Lama juga jari jemari ini tidak berdansa di papan kekunci, boleh dikatakan banyak juga entri yang masih tergantung dan belum dicoretkan di sini. Bukannya aku dah berhenti menulis tetapi kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian dan ditambahkan pula mood untuk menulis itu tertinggal jauh nun di banjaran himalaya. Entri ke Annapurna Base Camp pun masih terperam lagi. InshaAllah, aku akan cuba kuatkan semangat untuk kembali aktif menulis….hihihihihihi… 😀

Buat masa sekarang, jom aku ceritakan kisah pengembaraan terbaru kami. Baru-baru ini aku dan wife sempat berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Memang dah lama sebenarnya terniat untuk datang ke sini dan alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman negara oleh kerana wife ada urusan kerja di Pulau Pinang. Aku rasa mesti ada segelintir yang masih tidak tahu bahawa Pulau Pinang juga mempunyai taman negaranya tersendiri walaupun tidak sebesa...

Jom Baca Lagi....