Paragliding Malaysia tagged posts

Paragliding Di Bukit Jugra Banting

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblog

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apabila disebut perkataan Paragliding, aku rasa pasti ramai yang terbayang-bayang perasaan gayat atau pun cuak bila disuruh melompat dari cerun bukit menggunakan payung terjun!, paling tidak pun mesti ada yang kata “Tak bahaya ker?”… betul tak?.

Memang tidak dinafikan bahawa sukan Paragliding ini tergolong di dalam aktiviti sukan ekstrem tetapi sukan Paragliding ini bukanlah sesuatu aktiviti yang baru di Malaysia. Kalau aku merujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, maksud perkataan Paragliding ini ialah sejenis sukan ekstrem di mana seseorang itu meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dari satu tahap ketinggian atau ditarik oleh angin pada ketinggian tertentu.

Alhamdulillah!… Aku dan wife telah berjaya menganjurkan satu event Tandem Paragliding yang bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor pada 16 September 2014. Maklamat atau tema event ini adalah untuk melakukan Tandem Paragliding dan terbang bersama Jalur Gemilang supa...

Jom Baca Lagi....