Pelancongan tagged posts

Moh Ke Perak: Galeri Arkeologi Lembah Lenggong #VMY2014

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia-2014-vmy2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Entri ‘Moh Ke Perak’ kali ini aku akan bawa korang semua ke salah satu tapak warisan dunia iaitu Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dalam misi untuk mencari Perak Man. πŸ˜€

FAM Trip Tourism Malaysia Perak sempat membawa kitaorg untuk meluangkan masa di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang terletak di Kampung Kota Tampan, Lenggong. Galeri ini dulunya dikenali juga sebagai Muzium Arkeologi Lenggong dan terletak jauh daripada jalan besar di dalam kawasan bekas ladang kelapa sawit. Apa yang menariknya di Lembah Lenggong ni ialah kawasan ini dikatakan pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini. Aku difahamkan juga Lembah Lenggong ini dapat mengupas sejarah tamadun manusia pertama yang bertapak di Asia Tenggara bermula sekitar 2 juta tahun dahulu dan meliputi Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam...

Jom Baca Lagi....

Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014

jemputan-famtrip-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Alhamdulillah!!… Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia Perak di atas jemputan dan peluang yang telah diberikan kepada aku sebagai seorang Blogger. Ini merupakan jemputan kali ke 2 yang aku terima daripada Tourism Malaysia Perak bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014 dan aku amat berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan untuk mempromosikan negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan.

Semasa jemputan FAM Trip yang pertama, aku telah diberi peluang untuk meneroka sendiri keunikan dan keindahan tarikan pelancongan di daerah Pengkalan Hulu. Korang boleh baca entri mengenai Keunikan Pengkalan Hulu di url di bawah haaa…..

1. Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014
2. Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014
3. Moh Ke Perak: Keunikan Pesta Songkran, Pengkalan Hulu #VMY2014
4. Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014
5. Moh Ke Perak: Kompleks ...

Jom Baca Lagi....