Pengkalan Hulu tagged posts

Moh Ke Perak: Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sememangnya Negeri Perak terkenal dengan kegiatan perlombongan bijih timah tapi korang pernah dengar tak tentang lombong bijih timah yang terbesar dan tertua kat Malaysia ni?. Oleh itu, segmen “Moh ke Perak” kali ini aku nak bercerita tentang Lombong Bijih Timah yang dikelolakan oleh Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Aku pun baru tau jugak sebenarnya tentang kewujudan lombong bijih timah ni. Semasa mengikuti FAM Trip Pengkalan Hulu, aku telah berpeluang untuk meneroka dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan di lombong bijih timah tersebut. Secara peribadi, ini adalah pengalaman kali pertama aku masuk ke kawasan lombong bijih timah ni….. kalau dulu-dulu biasanya gi memancing kat lombong jer…ekekekeke. 😀

Ok! Sebelum tu jom aku ceritakan serba sedikit tentang sejarah Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd ni………. 😀

rahman-hydraulic-tin-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Lombong Bijih Timah Rahman Hydraulic ni telah beroperasi semenjak tahun 1907 di Klian Intan, Hulu Perak...

Jom Baca Lagi....

Pengkalan Hulu: The Undiscovered Trail #VMY2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tourism Malaysia, Perak di atas jemputan  untuk bersama-sama menyertai FAM Trip Pengkalan Hulu #VMY2014 atau Pengkalan Hulu – The Undiscovered Trail yang telah berlangsung pada 12-14 April 2014.  FAM Trip ini di sertai oleh 28 peserta terdiri daripada rakan-rakan Media, Travel Agent, Tourism Malaysia Perak dan juga rakan Blogger, program ini adalah bertujuan untuk meneroka keunikan dan memperkenalkan keindahan kawasan pelancongan di Pengkalan Hulu untuk dijadikan sebagai tarikan perlancongan.

gua-gendang-pengkalan-hulu-perak-tourism-malaysia-perak-tempat-pelancongan-visit-malaysia-2014Lokasi : Gua Gendang
Sumber gambar : Tourism Malaysia, Perak

Dalam entri kali ini, aku akan bercerita secara ringkas mengenai Daerah Pengkalan Hulu dan tarikan alam semulajadi yang tersembunyi serta keunikan yang ada di Daerah Pengkalan Hulu...

Jom Baca Lagi....