Phurua tagged posts

Phu Ruea National Park: Antara Destinasi Menarik Di Loei, Thailand

phu-ruea-phurua-loei-thailand-mountain-gunung-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aku dan wife berkesempatan untuk berkhemah selama satu malam di Phu Ruea National Park (Taman Negara Phu Ruea) selepas 3 hari kami berkampung di Phu Chi Fa. Phu Ruea National Park adalah sebuah kawasan pergunungan yang terletak di wilayah Loei atau lebih tepat lagi di dalam daerah Phu Ruea. Puncak Phu Ruea mempunyai ketinggian 1,365 meter dari aras laut dan merupakan gunung yang tertinggi di wilayah Loei. Ianya juga dikatakan adalah kawasan yang paling sejuk di Thailand. Berdasarkan beberapa info yang aku dapat, suhu malam di puncak Phu RueaΒ boleh menurun sehingga 0 darjah celcius di antara bulan Disember hingga Januari. Berbeza pula pengalaman kami sewaktu berada di puncak, suhu yang dicatatkan hanyalah 8 darjah celcius dan bagi aku suhu di Phu Chi Fa adalah lebih sejuk daripada Phu Ruea. Mesti anda rasa agak susah untuk menyebut perkataan “Phu Ruea” kan?…hihihi..samalah dengan aku. πŸ˜€ Setiap perbualan yang kami dengar, orang thai di Loei menyebut

Jom Baca Lagi....