Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 tagged posts

Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Alhamdulillah… bertemu kita kembali dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ dan sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, buat sementara waktu ni penulisan aku akan banyak berkisarkan mengenai tarikan pelancongan di Royal Belum. Bagi entri-entri yang akan datang, aku akan membawa anda semua untuk meneroka dan melihat sendiri keindahan dan keunikan pelbagai biodiversiti yang tersimpan rahsia di Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Sepanjang berada di sana, aku telah diberi peluang untuk turut serta Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dengan kerjasama promosi oleh Tourism Malaysia Perak.

Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan keindahan yang terdapat di Royal Belum sebagai salah satu ikon tarikan pelancongan serta dapat menjadikan Royal Belum sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Objektif program ini juga untuk mengetengahk...

Jom Baca Lagi....