Pusat Konservasi Tuntung Bota Kanan tagged posts

Moh Ke Perak: Pusat Konservasi Tuntung Bota Kanan #VMY2014

pusat-konservasi-hidupan-liar-tuntung-bota-kanan-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pusat Konservasi Hidupan Liar (Tuntung) ini terletak di Kampung Bota Kanan, Daerah Perak Tengah iaitu kira-kira 50km dari Bandar Ipoh. Tuntung adalah haiwan yang tergolong di dalam kumpulan reptilia seperti penyu, labi-labi atau kura-kura dan mengikut statistik, populasi tuntung di Malaysia khususnya di sekitar Sungai Perak telah mengalami kemerosotan yang teruk dalam tempoh 30 tahun, kini status tuntung berada dalam keadaan amat terancam dan hampir pupus sekiranya tiada langkah-langkah kawalan dan penguatkuasaan.

Wujudnya Pusat Konservasi ini adalah bertujuan untuk memulihara ekosistem tuntung melalui pengumpulan dan penetasan telur. Selain daripada menjadi kawasan bagi pemuliharaan spesies tuntung, ia juga merupakan pusat penyelidikan bagi penyelidik dari dalam dan luar negara. Tuntung Sungai (Batagur Baska) dan Tuntung Laut (Callagur Borneoensis) merupakan spesies reptilia yang di pelihara dalam kolam-kolam pembiakan di Pusat Konservasi Hidupan Liar...

Jom Baca Lagi....