Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Hutan Simpan DiRaja Belum atau lebih dikenali dengan nama Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian-bio dan tersimpan pelbagai hasil khazanah-khazanah alam semulajadi yang bernilai. Ianya merupakan satu destinasi popular bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan juga kepada pencinta alam semulajadi. Oleh itu, adalah menjadi satu kerugian kepada sesiapa yang tidak pernah menjejakkan kaki di Hutan DiRaja ini. Dengan itu, Geng Trip Santai (GTS) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi Ekspedisi Royal Belum 2.0Β bagi edisi kedua untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan dan juga menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Hutan Simpan DiRaja Belum.
Sebelum itu, jom aku perkenalkan siapakah Geng Trip Santai (GTS)?. Sebenarnya, Geng Trip Santai ini adalah nama yang digunakan oleh aku dan wife. GTS bukanlah sebuah syarikat berdaftar ataupun operator aktiviti luar (outdoor) bertauliah tetapi hanyalah ...
Jom Baca Lagi....