Run With Us 2015 tagged posts

Run With Us 2015

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-runholic-toohotdemo-running-logs

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Acara larian Run With Us 2015 telah diadakan pada 16 Ogos 2015 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak AstiRunners di atas penganjuran larian ini serta juga di antara acara larian terbaik yang aku dan wife mendaftar setakat ini. Banyak juga aku baca komen-komen yang memuji dan amat berpuas hati dengan acara ini tetapi siapakah AstiRunners ni?…. 😀 AstiRunners ini merupakan komuniti pelari-pelari daripada gabungan bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ataupun lebih popular dengan nama singkatannya SEMESTI. Aku pun baru tahu sebenarnya!…hahahahaha.. 😀 Sekolah ni memang dekat jer dengan rumah mertua aku di Simpang 4, Hutan Melintang.

Larian Run With Us 2015 ini hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita sejauh 12km serta kategori Fun Run sejauh 5km. Kalau berdasarkan rekod larian yang aku dah sertai setakat ini, larian Run With Us 2015 merupakan larian pertam...

Jom Baca Lagi....