Runningman tagged posts

Milo Malaysia Breakfast Day Run 2015

milo-breakfast-day-run-2015-putrajaya-run-event-eshamzhalim-runningman-milo-run

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Milo Malaysia Breakfast Day Run 2015 telah diadakan pada 10 Mei 2015 iaitu sehari selepas 9 to 5 Run. Lokasi larian masih lagi di Persiaran Perdana, Putrajaya dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan seawal pagi sebelum larian bermula. Bagi acara ini, kitaorg dengan yakinnya mendaftar untuk kategori 7km disebabkan hanya terdapat 2 kategori larian sahaja iaitu 3km Fun Run dan juga 7km. Kalau 3km nanti rasa macam sekejap jer kan…hihihihihihi… πŸ˜€

Milo Malaysia Breakfast Day ini bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti harian pada setiap hari disamping untuk mempromosikan produk-produk terbaru daripada Milo Malaysia. Sarapan pagi yang lengkap dapat memberi tenaga dan nutrisi yang secukupnya kepada badan supaya kekal sihat dan bertenaga. Acara larian ini dianjurkan oleh Nestle Malaysia secara tahunan dan disambut secara besar-besaran di Ipoh, Kuching dan juga Putrajaya yang merupaka...

Jom Baca Lagi....

9 To 5 Run 2015

9to5run-run-event-putrajaya-kbs-larian-hari-pekerja-larian-hari-belia-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

9 to 5 Run ini telah berjaya disempurnakan pada 9 Mei 2015 di Persiaran Perdana, Putrajaya sempena sambutan Hari Pekerja serta Hari Belia Malaysia 2015. Larian ini dikenali juga sebagai Program Larian Pekerja Muda yang bertujuan untuk menyahut seruan Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak. Ianya berfungsi untuk mengeratkan silaturahim, memantapkan serta merapatkan lagi jurang pekerja profesional dan bukan profesional dari sektor awam dan sektor swasta yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

Selain daripada itu, program ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan lagi tahap kesedaran bertapa pentingnya kesihatan dan kecergasan di dalam kehidupan supaya menjadi lebih proaktif dan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk mendaftar bagi larian ini. Seperti biasa, kategori 5km Fun Run tetap menjadi pilihan kitaorg sebagai latihan dan persed...

Jom Baca Lagi....