Satay Flamo Cuisine tagged posts

Keunikan Hidangan Satay Flamo Cuisine, Wangsa Maju

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampung

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Satay merupakan antara hidangan yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia tetapi pernahkah korang mencuba hidangan satay daripada Flamo Cuisine?. Alhamdulillah, sekali lagi aku dan wife telah mendapatkan jemputan daripada pemilik Flamo Cuisine untuk mencuba dan merasai sendiri keunikan dan keenakkan hidangan Satay Flamo. Mungkin ada yang tertanya-tanya “Apa itu Flamo?”. Flamo sebenarnya adalah penjenamaan citarasa yang bermaksud Flame, Flakes atau Flavour More, iaitu citarasa bagi kombinasi makanan halal tradisonal China-Arab yang merupakan salah satu makanan unik, enak dan sihat. Flamo Cuisine telah diasaskan oleh En. Zulkarnain Malik dan dibantu oleh isterinya dalam usaha untuk memperkenalkan keunikan citarasa makanan yang berlabelkan Flamo Cuisine.

Aku pernah menulis satu entri mengenai Flamo Cuisine satu ketika dahulu yang memfokuskan kepada sajian tradisional daerah Yunnan iaitu Mi Xian dan juga hidangan Arab iaitu Tahini Kebab ...

Jom Baca Lagi....