Shah Alam Night Run tagged posts

Shah Alam Half 21KM Night Run 2016

shah-alam-half-21km-night-run-2016-half-marathon-runallnight-selangor-eshamzhalim-runholics

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Shah Alam Half 21KM Night Run telah diadakan pada 17 Januari 2016 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam dan ianya juga merupakan penganjuran sulung bagi acara ini. Dianjurkan oleh Persatuan Olahraga Para Selangor (POPS), GORun dan Puncak Ventures Sra Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Hanya menawarkan 2 jarak larian sahaja iaitu 21km Half Marathon dan juga 10km dengan kedua-dua jarak larian mempunyai kategori lelaki dan wanita terbuka dan veteran.

Ini juga merupakan percubaan pertama aku untuk berlari sejauh 21km. Mungkin kerana lokasi larian yang berdekatan dengan rumah menyebabkan aku beranikan diri untuk mendaftar kategori half marathon manakala wife pula mendaftar untuk 10km. Jarak yang paling jauh aku berlari setakat ini adalah 15km dan itu menyebabkan aku lebih yakin untuk menambahkan lagi jarak larian ke 21km...

Jom Baca Lagi....