Siapakah Eshamz Halim tagged posts

Official Blog www.eshamzhalim.com

aku-seorang-blogger-travel-shamphotography-eshamz-halim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu aku inginΒ ucapkan selamat datang ke blog www.eshamzhalim.com ( sebelum ini dikenali sebagai www.shamphotography.com ) dan terima kasih kerana sudi singgah membaca. Jom aku menceritakan serba sedikit mengenai diriku.

Aku mula menulis blog pada sekitar tahun 2007 secara suka-suka hanya untuk mengisi masa lapang dan berkongsi pengalaman yang aku lalui. Aku menggunakan blogspot.com sebagai tapak permulaan untuk menjadi seorang penulis di alam maya dan pada masa itu aku tidak pernah mengetahui apa itu blogging atau blogger. Selepas 2 tahun menggunakan perkhidmatan blogspot, aku telah beralih ke WordPress Content Management System (CMS) dengan menggunakan web hosting dan domainname sendiri yang disewa secara tahunan pada sekitar tahun 2009. Aku terpaksa belajar untuk menggunakan WordPress tanpa guru atau belajar di mana-mana kursus, segalanya aku belajar sendiri daripada manual-manual yang terdapat di Internet...

Jom Baca Lagi....