South Peak tagged posts

Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 3

misi-mendaki-gunung-kinabalu-low-peak-akinabalu-sabah-toohotdemo-pendakian-kinabalu

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Entri ini adalah sambungan daripada entri:
1. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 1
2. Misi Kinabalu 2015 via Mesilau Summit Trail: Episod 2

24 April 2015

Aku dan wife hanya dapat lelapkan mata beberapa jam sahaja sebelum ke kafeteria untuk sarapan ringan dan persediaan mendaki ke puncak (Low’s Peak). Badan pun dah nampak gemuk disebabkan 3 lapis baju dan 2 lapis seluar….hihihihihi…suhu memang sejuk hingga ke tulang. Sarapan pagi hanyalah sekadar alas perut sebab risau untuk mendaki dengan perut yang penuh. Tepat jam 2.30 pagi, semua mengorak langkah dan meredah gelap mendaki ke Sayat-Sayat Check Point untuk lapor diri sebelum dibenarkan mendaki ke puncak. Semua pendaki diwajibkan sampai di Sayat-Sayat Check Point sebelum pukul 5 pagi dan kalau lewat, ranjer tidak akan benarkan untuk teruskan pendakian dan akan diarah turun ke Laban Rata. Kalau mengikut kiraan aku, dengan yakinnya aku dan wife boleh sampai di Sayat-Sayat Hut sebel...

Jom Baca Lagi....