Standard Chartered KL Marathon 2015 tagged posts

Standard Chartered KL Marathon 2015: SCKLM

kl-marathon-logo-scklm-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Standard Chartered KL Marathon 2015 atau lebih dikenali dengan KL Marathon, merupakan salah satu acara marathon tahunan yang dinanti-nantikan oleh setiap pelari marathon. Acara marathon ini  telah dijadualkan pada 4 Oktober 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan puluhan ribu peserta yang berdaftar. Standard Chartered KL Marathon dikatakan mempunyai reputasi yang amat bagus serta diklasfikasikan sebagai satu acara yang cukup berprestij di peringkat antarabangsa.

Selain daripada pelari marathon tempatan (Malaysia), Standard Chartered KL Marathon juga turut disertai oleh pelbagai lapisan pelari marathon daripada luar negara yang bertanding semata-mata untuk merebut hadiah yang cukup lumayan. Kategori yang dipertandingkan terdiri daripada kategori Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21km), 10km, 5km dan juga 3km serta 1km bagi kategori kanak-kanak.

Pastinya, aku dan wife pun tidak akan lepaskan peluang untuk daftar bagi kategori 10km serta t...

Jom Baca Lagi....