Sungai Kejar tagged posts

Ekspedisi Royal Belum: 30 Okt – 1 Nov 2015 (5 kekosongan)

iklan-ekspedisi-royal-belum-eshamzhalim-taman-negeri-belum
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah dengar dan terbaca mengenai Taman Negeri Diraja Belum ataupun nama popularnya Royal Belum. Bagi yang meminati ketenangan alam semulajadi, sememangnya Royal Belum adalah lokasi yang wajib dikunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai.

Buat julung-julung kalinya aku dan wife (Geng Trip Santai) menganjurkan satu Trip Santai ke Taman Negeri Diraja Belum diatas permintaan rakan-rakan yang sering mencemburui aku dan wife…hihihihi..serta untuk memberi peluang kepada rakan-rakan merasai sendiri pengalaman di Royal Belum.

Boleh rujuk poster di atas atau maklumat dibawah mengenai Ekspedisi Royal Belum:-

1. Jumlah kekosongan : 40 orang (5 kekosongan) Cukup 40 orang penyertaan ditutup.
2. Tarikh Ekspedisi : 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015.
3. Bayaran : RM350 seorang dan tidak ...

Jom Baca Lagi....