Sungai Papan tagged posts

Ekspedisi Royal Belum 2.0 GTS: 16 Sept – 18 Sept 2016

poster-ekspedisi-royal-belum-2-0-gts-geng-trip-santai-hutan-simpan-diraja-belum-grik-perak
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hutan Simpan DiRaja Belum atau lebih dikenali dengan nama Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian-bio dan tersimpan pelbagai hasil khazanah-khazanah alam semulajadi yang bernilai. Ianya merupakan satu destinasi popular bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan juga kepada pencinta alam semulajadi. Oleh itu, adalah menjadi satu kerugian kepada sesiapa yang tidak pernah menjejakkan kaki di Hutan DiRaja ini. Dengan itu, Geng Trip Santai (GTS) telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sekali lagi Ekspedisi Royal Belum 2.0Β bagi edisi kedua untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin merasai ketenangan dan juga menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di Hutan Simpan DiRaja Belum.

Sebelum itu, jom aku perkenalkan siapakah Geng Trip Santai (GTS)?. Sebenarnya, Geng Trip Santai ini adalah nama yang digunakan oleh aku dan wife. GTS bukanlah sebuah syarikat berdaftar ataupun operator aktiviti luar (outdoor) bertauliah tetapi hanyalah ...

Jom Baca Lagi....

Ekspedisi Royal Belum: 30 Okt – 1 Nov 2015 (5 kekosongan)

iklan-ekspedisi-royal-belum-eshamzhalim-taman-negeri-belum
Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Pasti ramai yang pernah dengar dan terbaca mengenai Taman Negeri Diraja Belum ataupun nama popularnya Royal Belum. Bagi yang meminati ketenangan alam semulajadi, sememangnya Royal Belum adalah lokasi yang wajib dikunjungi. Royal Belum sememangnya kaya dengan kepelbagaian bio serta penemuan-penemuan alam yang tidak terdapat di tempat lain telah menjadikan ia hutan yang istimewa dan menyimpan khazanah yang bernilai.

Buat julung-julung kalinya aku dan wife (Geng Trip Santai) menganjurkan satu Trip Santai ke Taman Negeri Diraja Belum diatas permintaan rakan-rakan yang sering mencemburui aku dan wife…hihihihi..serta untuk memberi peluang kepada rakan-rakan merasai sendiri pengalaman di Royal Belum.

Boleh rujuk poster di atas atau maklumat dibawah mengenai Ekspedisi Royal Belum:-

1. Jumlah kekosongan : 40 orang (5 kekosongan) Cukup 40 orang penyertaan ditutup.
2. Tarikh Ekspedisi : 30 Oktober 2015 hingga 1 November 2015.
3. Bayaran : RM350 seorang dan tidak ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Jom Berakit Di Royal Belum #VMY2014

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014

Assalamualaikum dan Salam Royal Belum…hihihihihi.. πŸ˜€

Entri Royal Belum kali ni lebih berunsurkan penceritaan secara santai jer sebenarnya. Aku nak bercerita al-kisah aktiviti berakit semasa di Kem Sungai Tiang, Royal Belum. Mungkin di antara anda dah biasa dengan aktiviti berakit tapi bagi aku ini adalah kali pertama….hihihihihi… πŸ˜€

Aktiviti berakit ni sebenarnya ialah salah satu program yang telah diselitkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak khas buat FAM Trip Royal Belum kami. Sebelum terlupa, terima kasih juga diucapkan kepada Puan Noor Fadhilah Ismail daripada Perbadanan Taman Negeri Perak yang sentiasa sudi melayani karenah kami semenjak dari hari pertama lagi…hihihihihi.. πŸ˜€ .

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Mereka berdua ni langsung tak turun ke tasik…hihihihihi…

aktiviti-rakit-kem-sungai-tiang-royal-belum-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak-visit-malaysia-2014Aku bergambar dengan Pegawai Renjer Taman Negeri Perak

Bagi anda yang akan ke Royal Belum dan bermalam di Kem Sungai Tiang nanti, bolehlah mencuba aktiviti berakit ni tapi aku rasa mungkin kena bincang atau minta kebenaran dulu dengan pihak y...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Program Kebudayaan Dan Kesenian Royal Belum #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Alhamdulillah… bertemu kita kembali dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ dan sebagaimana yang telah aku janjikan sebelum ni, buat sementara waktu ni penulisan aku akan banyak berkisarkan mengenai tarikan pelancongan di Royal Belum. Bagi entri-entri yang akan datang, aku akan membawa anda semua untuk meneroka dan melihat sendiri keindahan dan keunikan pelbagai biodiversiti yang tersimpan rahsia di Royal Belum.

program-kebudayaan-dan-kesenian-royal-belum-2014-moh-ke-perak-hutan-simpan-royal-belum-eshamzhalim

Sepanjang berada di sana, aku telah diberi peluang untuk turut serta Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum 2014 yang telah dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negeri Perak dengan kerjasama promosi oleh Tourism Malaysia Perak.

Program ini adalah bertujuan untuk mempromosikan keunikan dan keindahan yang terdapat di Royal Belum sebagai salah satu ikon tarikan pelancongan serta dapat menjadikan Royal Belum sebagai destinasi pelancongan utama di negeri Perak bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Objektif program ini juga untuk mengetengahk...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kepesonaan Dan Keunikan Royal Belum #VMY2014

hutan-royal-belum-moh-ke-perak-visit-malaysia-2014-tourism-malaysia-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog ini. Mesti anda dah biasa baca entri aku bersegmen β€˜Moh Ke Perak’, dalam usaha aku bersama-sama pihak Tourism Malaysia Perak untuk mempromosikan tempat tarikan pelancongan terutamanya di negeri kelahiran aku iaitu Perak Darul Ridzuan. Masih banyak lagi yang perlu aku menulis bagi segmen Moh Ke Perak ni tapi nak mencari masa untuk menulis tu sangat mencabar, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang lepas.

Entri kali ni, aku akan membawa anda semua untuk kembali ke alam semulajadi. Aku pasti ramai yang biasa dengar mengenai Royal Belum kan?. Mustahil la kalau tak pernah dengar. Aku sebenarnya sangat teruja untuk menulis entri kali ni sebab tempat ni merupakan salah satu tempat kesukaan aku.

Royal Belum!… memang sebuah tempat yang penuh dengan mistik dan keunikan flora dan fauna. Aku pun dah selesai menulis mengenai FAM Trip Bike Ride di Padang Rengas serta...

Jom Baca Lagi....