Tapak Warisan Dunia Unesco tagged posts

Moh Ke Perak: Galeri Arkeologi Lembah Lenggong #VMY2014

galeri-arkeologi-lembah-lenggong-perakman-tourism-malaysia-perak-tahun-melawat-malaysia-2014-vmy2014

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Entri ‘Moh Ke Perak’ kali ini aku akan bawa korang semua ke salah satu tapak warisan dunia iaitu Galeri Arkeologi Lembah Lenggong dalam misi untuk mencari Perak Man. πŸ˜€

FAM Trip Tourism Malaysia Perak sempat membawa kitaorg untuk meluangkan masa di Galeri Arkeologi Lembah Lenggong yang terletak di Kampung Kota Tampan, Lenggong. Galeri ini dulunya dikenali juga sebagai Muzium Arkeologi Lenggong dan terletak jauh daripada jalan besar di dalam kawasan bekas ladang kelapa sawit. Apa yang menariknya di Lembah Lenggong ni ialah kawasan ini dikatakan pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman pra-sejarah di negara ini. Aku difahamkan juga Lembah Lenggong ini dapat mengupas sejarah tamadun manusia pertama yang bertapak di Asia Tenggara bermula sekitar 2 juta tahun dahulu dan meliputi Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam...

Jom Baca Lagi....