Tempat Hiking Di Kuala Lumpur tagged posts

Bukit Apek: Misi Menjejaki Pokok Besar

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-pokok-besar-bukit-apek-eshamzhalim

Kemaskini:
Dengan sedihnya aku nak maklumkan bahawa pokok besar tu dah tumbang. πŸ™

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kembali semula aku dan wife di Bukit Apek bersama Wan Paskau serta Cik Bella dengan misi yang baru. Okjektif misi kali ini adalah untuk menjejaki sebuah pokok besar yang terdapat di Bukit Apek. Ada khabar angin yang mengatakan pokok ini seperti pokok di Angkor Wat, Siem Reap….. ermmm!!… menarik jugak kan? tapi adakah ianya sahih?… Ok!..Ok!.. Jom ikuti pengembaraan kitaorg dalam usaha untuk membongkar misteri sebuah pokok besar di Bukit Apek….hihihihihi… πŸ˜€

Seperti biasa, kitaorg berkumpul di tempat yang telah ditetapkan sekitar pukul 8 pagi dan misi kali ini telah disertai juga oleh beberapa lagi kawan yang lain. Rasanya tak perlu lagi aku terangkan dengan lebih lanjut mengenai Bukit Apek dan juga bagaimana untuk ke sana. Segala maklumat telah aku terangkan di dalam entri yang lepas, klik jer entriΒ Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun bagi menghilangkan kekab...

Jom Baca Lagi....

Bukit Apek: Misi Menjejaki Air Terjun

bukit-apek-ah-pak-san-taman-cheras-awana-hiking-air-terjun-bukit-apek-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bukit Apek atau Bukit Saga sememangnya salah satu lokasi pendakian yang popular dikalangan pendaki di sekitar Kuala Lumpur. Rasanya ramai jugak yang keliru di antara Bukit Apek dan Bukit Saga, sebenarnya kedua-dua bukit ini adalah bukit yang berbeza dan bersebelahan di antara satu sama lain tetapi di dalam lokasi Hutan Simpan yang sama. Jangan segan-silu, aku dulu pun sering terkeliru jugak dengan kedua-dua bukit ni… πŸ˜€

Kedua-dua bukit ini mempunyai cabaran yang tersendiri dan jangan sesekali pandang rendah pada sesebuah bukit hanya kerana ia bukan bertaraf gunung. Mendaki di lokasi yang sama berkali-kali akan tetap memberi cabaran yang berbeza di setiap pendakian. Bukit Saga memang selalu menjadi tempat riadah merangkap latihan bagi aku dan wife tapi aku pernah kecundang (pewai) ketika kali ke 4 mendaki Bukit Saga…hihihihi… pewai ooo!!.. πŸ˜€ Keupayaan dan stamina juga bergantung kepada keadaan kesihatan badan ketika mendaki yer. Ok!.. Ok!....

Jom Baca Lagi....