Tempat Makan Menarik Di Kuala Lumpur tagged posts

Keunikan Hidangan Satay Flamo Cuisine, Wangsa Maju

flamo-cuisine-satay-tempat-makan-menarik-di-kuala-lumpur-eshamzhalim-restoran-ayam-kampung

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Satay merupakan antara hidangan yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia tetapi pernahkah korang mencuba hidangan satay daripada Flamo Cuisine?. Alhamdulillah, sekali lagi aku dan wife telah mendapatkan jemputan daripada pemilik Flamo Cuisine untuk mencuba dan merasai sendiri keunikan dan keenakkan hidangan Satay Flamo. Mungkin ada yang tertanya-tanya “Apa itu Flamo?”. Flamo sebenarnya adalah penjenamaan citarasa yang bermaksud Flame, Flakes atau Flavour More, iaitu citarasa bagi kombinasi makanan halal tradisonal China-Arab yang merupakan salah satu makanan unik, enak dan sihat. Flamo Cuisine telah diasaskan oleh En. Zulkarnain Malik dan dibantu oleh isterinya dalam usaha untuk memperkenalkan keunikan citarasa makanan yang berlabelkan Flamo Cuisine.

Aku pernah menulis satu entri mengenai Flamo Cuisine satu ketika dahulu yang memfokuskan kepada sajian tradisional daerah Yunnan iaitu Mi Xian dan juga hidangan Arab iaitu Tahini Kebab ...

Jom Baca Lagi....

KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014

KL-Fabulous-Food-1Malaysia-Hunt-2014-eshamzhalim-red-adventure

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa khabar para pembaca semua?. Bagi bulan Oktober dan November ni, jadual mingguan aku dan wife memang padat dengan pelbagai aktiviti dan kemungkinan agak lambat sikit untuk update entri terbaru. Maklumlah, kitaorg bukannya blogger sepenuh masa kan? cuma blogger sambilan jer pastu ditambahkan lagi dengan kerja-kerja di pejabat yang semakin menggunung menuju ke puncak Everest….hihihihi.. 😀

Entri kali ni, aku nak berkongsi pengalaman kitaorg buat julung kalinya menyertai pertandingan KL Fabulous Food 1Malaysia Hunt 2014 yang telah diadakan pada 18 Oktober 2014 di MaTiC Lanai, Jalan Ampang, Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan FELDA. Setiap team terdiri daripada 4 orang peserta dan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM200 serta setiap team juga perlu memilih nama team sendiri. Aku, wife, Zakiah dan Alice telah bergabung dalam 1 team dan memilih nama Geng Zombie. Kenapa kitaorg pilih nama “Geng Zombie”?...

Jom Baca Lagi....

Keunikan Citarasa Flamo Cuisine Di Restoran Ayam Kampung

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Alhamdulillah… pada 14 Julai yang lepas aku dan wife telah dijemput untuk menyertai satu food preview merangkap sekali acara berbuka puasa di Flamo @ Restoran Ayam Kampung yang beroperasi Seksyen 2, Wangsa Maju. Ramai jugak kenalan blogger yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi suasana. Flamo menyajikan hidangan yang popular daripada negara China khususnya dari Beijing, Guang Zhou, Yunnan, Xin Jiang dan Shenzen dibawa ke Malaysia serta tak lupa juga sedikit sentuhan makanan Arab. Kalau nak digabungkan mesti akan menjadi CiRab (masakan Cina + Arab) …ahahahahahaha…

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAntara blogger yang hadir..

flamo-cuisine-restoran-ayam-kampung-wangsa-maju-mi-xian-kebab-tahini-shamphotographyAku dan wife bergambar bersama blogger Sis Hanny Abdullah dan Namia

Aku telah berkesempatan untuk berbual dengan pemilik Flamo @ Restoran Ayam Kampung ni iaitu En. Zulkarnain Malik dan isterinya Puan Norazlina Chong...

Jom Baca Lagi....