The Strand tagged posts

Jom Ngopi: Wood and Steel Cafe @ The Strand Kota Damansara

wood-and-steel-coffee-furniture-art-segmen-jom-ngopi-eshamzhalim-cafe-review

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti korang semua ternanti-nantikan dimanakah cafe pilihan kitaorg bagi bulan ni?. Segmen Jom Ngopi kali ni telah membawa aku dan wife serta Hafeesyam dan juga Athin Nabiha (ahli terbaru Geng Ngopi) ke salah sebuah cafe yang popular di sekitar bandaraya. Nama Wood and Steel sering menjadi sebutan bagi pengemar coffee, beroperasi di The Strand, Kota Damansara bukan sahaja terkenal di kalangan pengemar coffee, malah juga di kalangan celebriti tanahair. Aku dan wife memang dah lama teringin untuk ke sini tapi baru kali ini kitaorg berpeluang untuk mencuba sendiri hidangan menarik yang ditawarkan oleh Wood and Steel Cafe.

Mengikut kata Hafeesyam yang selalu lepak disini, Wood and Steel Cafe ni memang sentiasa penuh dengan pelanggan dan amat sukar untuk mendapatkan tempat. Disebabkan itu seawal pukul 9.00 malam Hafeesyam dan Athin Nabiha sudah berada di cafe sementara menunggu aku dan wife sampai…hihihihihi....

Jom Baca Lagi....