Timelapse tagged posts

Lepak Dengan Wife Di Padang Setia City Mall

Salam,

Aku ngan wife memang suka lepak kat padang Setia City Mall kat Setia Alam ni. Kadang-kadang kitaorg berpiknik kat sini, bentang jer tikar pastu duduk santai jer sambil perhatikan gelagat orang ramai. Biasanya aku main layang-layang kat sini, dulu senang jer nak terbangkan layang-layang sebab angin memang kuat tapi sekarang ni susah giler. Aku suspek sebab bangunan kat sekeliling Setia City Mall tu dah siap so angin tak dapat nak lalu, angin ada kejap jer pastu hilang, baru layang-layang nak naik terus kena mendarat kecemasan.

Hari ahad lepas aku cuba nak terbangkan layang-layang tapi tak berjaya so aku duduk jer ler dating ngan wife sambil wat video timelapse kat padang Setia City Mall tu. Main belasah jer setting kamera sebab baru nak cuba buat timelapse ni, main belasah jer berapa saat untuk amik 1 frame. Korang mesti tak faham ek apa yang aku terangkan ni?.. takpe-takpe..buat-buat faham jer sudah…ahahahahahaha. Jom layan 2 keping gambar ngan 1 video timelapse hari ahad tu.

Jom Baca Lagi....