TooHotDemo tagged posts

Run With Us 2015

run-with-us-2015-running-event-putrajaya-eshamzhalim-runholic-toohotdemo-running-logs

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Acara larian Run With Us 2015 telah diadakan pada 16 Ogos 2015 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Terima kasih kepada pihak AstiRunners di atas penganjuran larian ini serta juga di antara acara larian terbaik yang aku dan wife mendaftar setakat ini. Banyak juga aku baca komen-komen yang memuji dan amat berpuas hati dengan acara ini tetapi siapakah AstiRunners ni?…. πŸ˜€ AstiRunners ini merupakan komuniti pelari-pelari daripada gabungan bekas pelajar (Alumni) Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ataupun lebih popular dengan nama singkatannya SEMESTI. Aku pun baru tahu sebenarnya!…hahahahaha.. πŸ˜€ Sekolah ni memang dekat jer dengan rumah mertua aku di Simpang 4, Hutan Melintang.

Larian Run With Us 2015 ini hanya menawarkan 2 kategori sahaja iaitu kategori terbuka lelaki dan wanita sejauh 12km serta kategori Fun Run sejauh 5km. Kalau berdasarkan rekod larian yang aku dah sertai setakat ini, larian Run With Us 2015 merupakan larian pertam...

Jom Baca Lagi....

Reach Out Run 2015: Run For A Cause

reach-out-run-1m4u-run-for-a-cause-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Reach Out Run 2015: Run For A Cause telah diadakan pada 14 Jun 2015 bertempat diΒ  Dataran Putrajaya, Presint 3. Larian amal ini telah dianjurkan oleh iM4U dalam usaha untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada organisasi seperti Dyslexia Association of Malaysia (PDM), SVM Welfare Association, Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation (LASSie) dan juga Yayasan Jantung Malaysia (YJM).

Larian ini juga diharapkan dapat memupuk semangat kerja berpasukan serta menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat disamping dapat menderma dan membantu dalam memperjuangkan empat sebab utama iaitu dari segi Kesihatan, Keperluan Khas, Komuniti dan Haiwan.

Hanya ada 2 kategori sahaja yang ditawarkan untuk larian ini iaitu 5km Fun Run dan juga 10km bagi kategori terbuka lelaki dan wanita. Buat kali pertamanya, aku dan wife dengan penuh yakinnya mendaftar untuk larian 10km...

Jom Baca Lagi....