Tourism Malaysia tagged posts

Kuala Razila Adventure Resort Riverside Menawarkan Aktiviti Santai Dan Ekstrem

kuala-razila-adventure-resort-media-perak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti-aktiviti ekstrem yang mampu meningkatkan lagi tahap adrenalin ataupun sekadar untuk melarikan diri daripada kesibukkan kota sambil mendambakan diri menikmati alam semulajadi, bolehlah singgah dan terokai sendiri Kuala Razila Adventure Resort Riverside yang beroperasi di Ulu Geroh, Gopeng Perak. Kuala Razila Adventure Resort Riverside menawarkan pelbagai pakej daripada aktiviti santai sehinggalah ke aktiviti ekstrem, di antaranya adalah aktiviti merentas hutan, berkhemah, mendaki, waterfall abseiling, water tubing serta aktiviti white water rafting yang merupakan aktiviti paling popular di Sungai Kampar, Gopeng.

Alhamdulillah, aku dan wife telah dijemput sebagai wakil blogger bagi program Xstreme Sport yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) dengan kerjasama pihak Kuala Razila Adventure Resort Riverside. Program 2 hari 1 malam ini yang berlangsung pada 30 September dan 1 Oktober ...

Jom Baca Lagi....

Menjejaki Rumah Api Muka Head, Taman Negara Pulau Pinang

taman-negara-pulau-pinang-rumah-api-muka-head-monkey-beach

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Lama juga jari jemari ini tidak berdansa di papan kekunci, boleh dikatakan banyak juga entri yang masih tergantung dan belum dicoretkan di sini. Bukannya aku dah berhenti menulis tetapi kebelakangan ini agak sibuk dengan urusan harian dan ditambahkan pula mood untuk menulis itu tertinggal jauh nun di banjaran himalaya. Entri ke Annapurna Base Camp pun masih terperam lagi. InshaAllah, aku akan cuba kuatkan semangat untuk kembali aktif menulis….hihihihihihi… πŸ˜€

Buat masa sekarang, jom aku ceritakan kisah pengembaraan terbaru kami. Baru-baru ini aku dan wife sempat berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Memang dah lama sebenarnya terniat untuk datang ke sini dan alhamdulillah kali ini kami berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman negara oleh kerana wife ada urusan kerja di Pulau Pinang. Aku rasa mesti ada segelintir yang masih tidak tahu bahawa Pulau Pinang juga mempunyai taman negaranya tersendiri walaupun tidak sebesa...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 3

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak-entri-03

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Rasanya mesti anda semua dah tak sabar menantikan bahagian 3 atau bahagian terakhir untuk entri Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0. Jadual mingguan aku semenjak daripada bulan Januari hinggalah bulan ni memang penuh dengan aktiviti beriadah. Agak sukar sikit untuk aku mencari masa untuk menulis walaupun banyak jugak perkara yang nak dikongsikan di sini dan ditambahkan lagi dengan urusan di pejabat yang kebelakangan ni amat kelam kabut…..fusssss…. memang sangat mencabar untuk aku luangkan masa di blog ni.

Sebelum aku teruskan menulis bahagian 3, apakata anda mengimbau kembali entri-entri sebelum ni bagi mengelakkan tahap kekeliruan yang melampaui batas nanti…hahahaha…. πŸ˜€ Klik jer link di bawah ni haaaaa……

1. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2
2. Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

Hari Ketiga – 9 November 2014.

Seawal pagi, kami dah bersiap untuk trekking ke Jenut atau Sira Gajah di Kem Sungai Papan. Mesti anda tertanya-tanya “Jenut ...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 2

misi-kemanusiaan-royal-belum-3-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mesti anda semua dah tertunggu-tunggu sambungan dari entri “Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1“. Alhamdulillah!.. nampaknya jari jemariku gemar pulak menari-nari di papan kekunci pada minggu ini. Maklumlah, aku dan wife pulang bercuti di kampung halaman sempena cuti umum Tahun Baru Cina minggu ni serta jadual kami pun telah dikosongkan bagi memberi peluang untuk aku dan wife merehatkan diri dan lari seketika daripada kesibukkan kerja di pejabat. Beginilah nasib seorang blogger separuh masa yang masih lagi terikat dengan kerja-kerja di pejabat.

Hari Kedua – 8 November 2014.

Suasana keheningan pagi itu dipecahkan dengan keadaan kelam kabut daripada houseboat no. 2. Pagi tu memang aku tidur dihadapan balkoni houseboat dan lama juga aku tenung houseboat no. 2. Mengapakah dan apakah yang telah berlaku?persoalan ini bermain-main di buah fikiran aku pada pagi itu!…. rupa-rupanya houseboat no...

Jom Baca Lagi....

Misi Kemanusiaan Royal Belum 3.0: Bahagian 1

misi-kemanusian-royal-belum-3.0-keunikan-royal-belum-taman-negeri-royal-belum-eshamzhalim-gerik-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Royal Belum!…. Ada apa dengan Royal Belum?… Apa yang menyebabkan kerap kali aku bertandang ke Royal Belum?….ermmm!!.. rasanya hanya mereka yang pernah ke sana sahaja yang mampu menjawab segala persoalan di atas. Buat kali ke 4, sekali lagi aku berkunjung ke Taman Negeri Royal Belum tetapi untuk kali ini aku ditemani oleh wife dan 3 lagi member yang telah termakan pujuk rayu dan hasutan aku….ahahahahaha.. πŸ˜€

Aku memang dah lama berjanji dengan wife untuk bawa dia sekali lagi ke Royal Belum. Kali terakhir dia berkunjung ke Royal Belum adalah pada tahun 2013 dan itulah juga merupakan kali pertama kami bersua dengan Taman Negeri Royal Belum. Kali ini kami telah berjaya mengheret Amlina, Eyda dan juga Syuk untuk bersama-sama berkunjung ke Royal Belum.

Trip kali ini bertemakan β€œMisi Kemanusiaan Royal Belum 3.0” dan dikelolakan oleh Bella Farhana dan Pacie. Tujuan utama trip ini adalah untuk menyalurkan bantuan dari segi makanan, keperluan harian, kep...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kompleks Sejarah Pasir Salak #VMY2014

kompleks-sejarah-pasir-salak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Pasir Salak merupakan satu nama yang telah terpahat di dalam himpunan penting sejarah tanah air kita. Penuh dengan kisah-kisah perjuangan bangsa Melayu dan peristiwa berdarah pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan seorang Residen British ketika itu. Peristiwa tersebut telah mencetuskan peperangan diantara Kolonial Bristish dengan orang-orang Melayu, pastinya banyak meninggalkan kesan di dalam lipatan sejarah orang-orang Melayu.

Pasir Salak selalu mengingatkan bangsa Melayu terhadap perjuangan Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Pandak Indut dan Sipuntum menentang penjajah British sehinggalah dihukum gantung sampai mati di Matang, Perak. Begitu juga kisah Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles di Lautan Hindi manakala pula Raja Ismail dibuang negeri ke Johor dalam usaha pihak British untuk menunjukkan keangkuhannya sebagai kuasa penjajah.

Entri ini sebenarnya kesinambungan daripada FAM Trip Jom Mancing Udang 2014

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Homestay Pendiat Bota Kanan Perak #VMY2014

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kampung Pendiat adalah lokasi pertama yang dilawati oleh FAM Trip Jom Mancing Udang anjuran Tourism Malaysia Perak semasa program ini berlangsung. Ketibaaan FAM Trip kitaorg disambut meriah dengan paluan kompang, persembahan silat dan juga jamuan makan tengahari dengan hidangan masakan kampung yang sungguh menyelerakan.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakPersembahan silat oleh adik-adik Kampung Pendiat.

homestay-pendiat-bota-kanan-perak-moh-ke-perak-tourism-malaysia-perakSajian masakan kampung yang cukup menyelerakan.

Terlebih dahulu, jom aku ceritakan serba sedikit mengenai Kampung Pendiat. Kampung Pendiat terletak di Bota Kanan, Perak dan menawarkan pakej penginapan Homestay bagi mereka yang inginkan suasana tenang dan harmoni serta jauh daripada kesibukkan kotaraya. Menurut maklumat yang aku perolehi, Kampung Pendiat ini merupakan sebuah perkampungan tradisional di tepian Sungai Perak dengan keluasan 3km persegi di dalam Mukim Bota di daerah Perak Tengah. Apa yang menariknya Homestay Pendiat ini ialah masih terdapat warisan berzaman yang dipraktikkan ...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Keunikan Menara Condong Teluk Intan #VMY2014

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perakKredit gambar: Tourism Malaysia Perak

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Menara Condong Teluk Intan atau pun dikenali juga sebagai Menara Jam Tinggi merupakan sebuah mercu tanda bagi bandar Teluk Intan. Ini adalah salah sebuah lokasi yang aku lawati bersama rakan-rakan FAM Trip sempena program Jom Mancing Udang 2014 di Teluk Intan anjuran Tourism Malaysia Perak yang berlangsung pada 16 hinga 18 Ogos yang lalu. Menara Condong Teluk Intan ini semestinya mempunyai nilai sejarah yang tersendiri selain daripada keunikan dan kehebatan senibinanya. Menara Condong ini terletak diantara pertemuan dataran segiempat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar.

menara-condong-teluk-intan-tourism-malaysia-perak-moh-ke-perak

Terlebih dahulu, jom aku singkap serba sedikit sejarah disebalik pembinaan menara ini.

Menara ini telah dibina pada tahun 1885 oleh seorang kontraktor cina yang dikenali sebagai Leong Choon Choong serta Kontraktor Ceylon yang turut membina dan menjadi penderma utama kepada menara ini. Menara ini berbentuk Pagod...

Jom Baca Lagi....