Tourism Selangor tagged posts

Deuter International Trail Run 2016 (Chapter 4: Blast From The Past)

deuter-international-trail-run-2016-ditr2016-batu-arang-selangor-chapter-4-blast-from-the-past-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Deuter International Trail Run 2016 telah diadakan di Dataran MPS Batu Arang, Selangor pada 8 Mei 2016. Larian bertemakan β€œChapter 4: Blast From The Past” ini adalah anjuran Universal Fitness and Leisure (UFL) dengan kerjasama pihak Tourism Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan juga Cyclic Sports Sdn Bhd.

Selepas 3 tahun berturut-turut diadakan di Putrajaya, edisi kali ini pihak penganjur telah memilih Pekan Warisan Batu Arang sebagai lokasi larian dalam usaha untuk mempromosikan Pekan Warisan Batu Arang sebagai salah satu destinasi pelancongan di negeri Selangor. Pekan Warisan Batu Arang sememangnya kaya dengan nilai-nilai khazanah dan juga warisan sejarahnya yang tersendiri. Ianya juga merupakan salah satu pekan yang tertua di negeri Selangor dan pekan pertama yang mempunyai kelengkapan landasan kapal terbang, rel keretapi, balai polis serta kemudahan-kemudahan lain. Boleh ke link ms.wikipedia.org/wiki/Batu_Arang untuk maklumat yang lebih len...

Jom Baca Lagi....

Hulu Langat Trail Run 2016: HLTR2016

hulu-langat-trail-run-2016-hltr2016-ikbn-dusun-tua-kembara-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Hulu Langat Trail Run 2016 (HLTR2016) telah diadakan pada 3 April 2016 bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Dusun Tua, Hulu Langat Selangor. Larian ini telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama Persatuan Kembara Negara (KEMBARA) serta disokong oleh Kembara Outdoor Centre (KOC), Tourism Selangor, World of Sports, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara dan juga Salomon sebagai penaja rasmi baju larian bagi acara ini.

Hanya dua (2) kategori sahaja yang ditawarkan iaitu kategori 16km (Wild) dan juga 10km (Mild). Larian ini boleh dikatakan mendapat komen yang agak bagus bagi penganjurannya untuk tahun lepas. Aku ada terbaca ulasan dan juga gambar-gambar menarik di beberapa blog mengenai Hulu Langat Trail Run edisi 2015, disebabkan inilah aku dan wife tergerak hati untuk mendaftar tapi untuk tahun ini hanya mencuba kategori 10km (Mild).

Peserta bagi kategori 16km telah dilepaskan pada pukul 7.30 pagi dan diikuti dengan ...

Jom Baca Lagi....