Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu tagged posts

Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu, Lumut, Perak

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu atau lebih popular dikenali dengan nama Bukit Engku Busu terletak di bandar Lumut, daerah Manjung, Perak. Dengan ketinggian 331.4 meter bersamaan dengan 1087 kaki dari aras laut, bukit ini merupakan puncak yang tertinggi di bandar Lumut.

Menurut sejarah, bukit ini mendapat namanya sempena nama Raja Engku Busu yang berasal dari Selangor. Beliau telah dijemput oleh Sultan Perak sekitar tahun 1840-an dan ditugaskan untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah menjadikan kawasan Selat Dinding dan Sungai Dinding sebagai lokasi persembunyian mereka. Kumpulan lanun-lanun ini sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh tetapi malangnya Raja Engku Busu telah terkorban dan misi tersebut telah gagal. Raja Engku Busu adalah orang yang bertanggungjawab membuka pekan Lumut yang dahulunya dikenali sebagai “Tanah Merah”...

Jom Baca Lagi....