Trip to Sabah tagged posts

Sabah Aku Datang-Teaser

Salam dan selamat berpuasa bah,

Tahun lepas aku dah berjaya jejakkan kaki ke “Bumi Kenyalang” @ Sarawak tapi x puas ronda2 kat sana lagi dan tahun ni aku dah berjaya jejakkan kakiku ke “Negeri di bawah Bayu” pulak. Sebenarnya wife aku yg kena berkerja di Sabah selama seminggu so ini ler peluang aku untuk datang ker Sabah….ekekekeke… Last year pun aku datang Sarawak sebabkan wife aku kena kerja kat sana gak tp last year aku x dapat ikut dier ke Sabah, masa tu tiket Airasia mahal giler so melepas ler peluang aku nak ke Sabah last year tapi nampaknya tahun ni ada juga jodohku dengan Sabah.

Aku hantar wife ke LCCT pada 30 Jun sbb dier kena mula keje kat Sabah pada 1 julai, flight aku pulak pada 4 Julai. Aku pun menunggu 4 Julai tu dengan penuh excited dan sabar. Dan biler hari yg ditunggu tiba, seronok lak rasanya sbb aku travel sorang jer rasa cam pelancong lak dengan backpack kameraku yang digalas di kedua bahuku…ahahahaha...

Jom Baca Lagi....