#VMY2014 tagged posts

Moh Ke Perak: Kehalusan Seni Tekat Azydar Enterprise #VMY2014

seni-tekat-sulaman-benang-emas-azydar-enterprise-kg-changkat-kuala-kangsar-warisan-negara-azizah-adam-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan mengupas mengenai satu warisan pusaka kita yang semakin luput iaitu Seni Tekat. Seni Tekat dikenali juga dengan nama bersuji merupakan warisan negara. Korang mesti pernah melihat hasil tenunan seni tekat ni semasa majlis perkahwinan atau majlis peminangan kan?. Seni Tekat ni biasanya digunakan dalam istiadat dan upacara simbolik adat Melayu seperti kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan dan majlis khatam al-Quran. Secara umumnya, menekat ni adalah hasil sulaman benang emas ke atas kain baldu untuk membentuk corak bunga tekat.

Aku ingat lagi semasa majlis perkahwinan aku dan wife dulu, bilik tidur kitaorg dihiasi dengan cadar dan sarung bantal baldu berwarna merah yang di sulami dengan seni tekat. Mak mertua aku tak bagi kitaorg duduk atas cadar atau bantal tu, khas untuk sesi bergambar jer katanya… hihihihihi....

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Galeri Sultan Azlan Shah #VMY2014

galeri-sultan-azlan-shah-tourism-malaysia-perak-kuala-kangsar-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Dalam segmen ‘Moh Ke Perak’ kali ini, aku akan membawa korang semua untuk meneroka Galeri Sultan Azlan Shah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Aku telah diberi peluang untuk melawat galeri ini bersama-sama kumpulan FAM Trip Tourism Malaysia Perak dalam misi untuk mempromosikan tarikan pelancongan di Perak. Ini merupakan pengalaman pertama aku melawat galeri ni dan sememangnya menimbulkan perasaan teruja.

Galeri ini mempamerkan koleksi-koleksi Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta khazanah-khazanah pemerintahan Kesultanan Perak. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur-galur Kesultanan Perak, gambar serta kenderaan rasmi, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Almarhum Tuanku oleh ketua negara dari seluruh dunia...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Program Bike Ride Di Padang Rengas #VMY2014

cuti-cuti-1malaysia-bike-ride-padang-rengas-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Terlebih dahulu, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca blog ni. Terima kasih juga kerana korang sentiasa memberi sokongan dan itu telah membuatkan aku semakin bersemangat untuk menulis. 😀 😀 😀

Bermulalah kembali segmen “Moh Ke Perak” untuk menceritakan pengalaman lawatan aku sambil mempromosikan tarikan pelancongan di Perak melalui FAM Trip Program Bike Ride @ Padang Rengas dan Program Kebudayaan dan Kesenian Royal Belum pada 20 hingga 24 Jun yang lepas. Korang boleh baca sesi pengenalan bagi FAM Trip kali ni di entri Jemputan FAM Trip Tourism Malaysia Perak #VMY2014. Sebelum tu, aku rasa ramai yang tidak tahu apa itu FAM Trip kan!.. betul tak? Jom aku terangkan…..

‘ FAM Trip atau nama panjangnya “Familiarisation Trip” adalah satu lawatan yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang tertentu bertujuan untuk mempromosikan negara, negeri atau kawasan yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Tempurung #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar rakan bloggerku dan pembaca semua? so apa adventure trip korang minggu ni?…. Ok!..Ok!..  Jom, aku ada cerita nak kongsi dengan korang semua. Entri “Moh Ke Perak” kali ni, aku bawak korang semua untuk mengembara dan meneroka Gua Tempurung bersama aku. Aku dan wife memang dah lama nak ke Gua Tempurung sebenarnya tapi takde geng lak, maleh nak gi berdua dengan wife aku.

explorasi-gua-tempurung-gopeng-perak-vmy2014-visit-malaysia-tourism-malaysia-perak-shamphotography

Akhirnya tercapai jugak hasrat kitaorg untuk meneroka Gua Tempurung bersama geng-geng outdoor yang lain. Ada 50 orang yang turut serta dalam trip ni, seperti biasalah…aku cuma kenal 2-3 orang jer (geng-geng outdoor yang aku selalu join). Walaupun ramai yang kitaorg tak kenal tapi biler kat sana macam dah lama kenal jer…hihihihihi.. 😀 .

Seawal pukul 7 pagi kitaorg dah menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke RnR Tapah, tempat berkumpul sebelum nak ke Gopeng. Sarapan dulu sementara menunggu peserta lain. Bagi sesiapa yang tak pernah sampai di Gua Tempurung ni, senang je...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Kompleks Bebas Cukai Dan Batu Sempadan Malaya-Thailand

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum tu jangan ler muak yer jika aku bercerita lagi tentang Pengkalan Hulu….ekekeke.. bukannya apa, aku cuma nak berkongsi dengan korang-korang semua pengalaman aku kat sana dan sambil-sambil untuk promote tempat-tempat yang menarik kat sana.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai

Ok..ok… Segmen “Moh Ke Perak” kali ni aku nak bawak korang semua mengembara ke Kompleks Zon Bebas Cukai kat kawasan yang berhampiran dengan Batu Sempadan Malaysia-Thailand. Terletak di di antara Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dan Daerah Betong, Selatan Thailand. Kalau bercerita pasal shopping ni mesti ler kaum perempuan yang hebat kan….hihihihi.. Kompleks Zon Bebas Cukai ni takde ler besar sangat seperti di Padang Besar tapi masih menarik jugak bagi kaki-kaki shopping. Kalau aku bawak wife aku ni mesti kuali ngan periuk menjadi sasaran…ekekekeke… dan di samping tu ada jugak jual pelbagai aneka coklat…ala-ala kat Langkawi tuuu.

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanKompleks Bebas Cukai..

batu-sempadan-malaysia-thailand-bukit-berapit-bentong-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip-batu-sempadanBeg ada, pakaian ada, k...

Jom Baca Lagi....

Moh Ke Perak: Explorasi Gua Gendang dan Gua Itik, Pengkalan Hulu #VMY2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Mungkin korang nak tau kenapa minggu ni aku asyik bercerita mengenai Daerah Pengkalan Hulu di Hulu Perak. Sebenarnya sebelum ini, aku pun tak tau apa yang ada di Pengkalan Hulu atau dulu dikenali sebagai Pekan Kroh sehinggalah aku diberi peluang oleh Tourism Malaysia Perak untuk bersama-sama meneroka keindahan dan keunikan tersembunyi di Daerah Pengkalan Hulu. Sebelum itu, jom flashback balik entri-entri dalam segmen “Moh Ke Perak”, nanti takut korang semua blur lak tertiba baca entri ni….hihihihihi… 😀

gua-gendang-gua-itik-nature-alamsemulajadi-outdoor-pengkalan-hulu-perak-visit-malaysia-2014-fam-trip

Entri segmen “Moh Ke Perak” kali ini aku akan membawa korang semua untuk bersama-sama meneroka Gua Gendang dan Gua Itik secara maya...

Jom Baca Lagi....