Walkathon tagged posts

Guardian Walkathon 2016

guardian-walkathon-2016-wetland-putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Guardian Walkathon 2016 telah diadakan pada 16 September 2016 di Taman Wetland, Putrajaya. Acara yang dianjurkan oleh Guardian Malaysia ini adalah bertujuan untuk mempromosikan aktiviti berjalan kaki sebagai salah satu gaya hidup sihat dan sekaligus bagi mengumpul dana untuk diagihkan kepada 15 rumah kebajikan anak-anak yatim seluruh negara.

Bagi anjuran yang ke 7 ini, Guardian Malaysia menggunakan tema “ Walk 10,000 Steps a Day to for a Healthier Lifestyle” bagi menggalakkan serta menarik minat masyarakat supaya mengamalkan aktiviti berjalan kaki sebagai salah satu cara senaman harian. Acara ini hanya menawarkan 2 kategori iaitu kategori 3km dan 5km fun walk serta penyertaan adalah terbuka kepada semua peringkat umur. Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia yang juga jatuh pada 16 September setiap tahun, Guardian Malaysia menawarkan lagi 2 kategori tambahan iaitu kategori cabaran kostum dan juga acara larian maskot sejauh 100 meter yang terbuka k...

Jom Baca Lagi....