Warrior Revolution 2015 tagged posts

Tadom Base: Warrior Revolution 2015

tadom-base-warrior-revolution-2015-bukit-tadom-banting-outdoor-adventure-eshamzhalim-toohotdemo

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Aktiviti larian kali ini adalah berbeza daripada larian-larian yang aku dan wife pernah daftar sebelum ini. Setelah dihasut dan diracun oleh rakan-rakan, akhirnya aku dan wife buat julung-julung kalinya mendaftar acara Tadom Base: Warrior Revolution 2015 (5km Trail Run) pada 8 Ogos 2015 yang lepas. Apa ker bendanya Tadom Base ni?… sebenarnya Tadom Base Warrior Revolution ini adalah acara Trail Run (Larian Denai) sejauh 5km dan mempunyai 30 halangan yang perlu ditempuhi oleh peserta sebelum menuju ke garisan penamat. Larian ini telah diadakan di Tadom Basecamp yang bertempat di Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Banting. Tadom Basecamp ni terletak hanya lebih kurang 12 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan telah dijadikan sebagai pangkalan asas dengan pelbagai halangan sukar yang direkacipta khas bagi pengemar-pengemar aktiviti lasak di Malaysia.

Seawal pukul 5.30 pagi, aku dan wife telah berkumpul di RnR Dengkil sebelum bergerak...

Jom Baca Lagi....