We Run Cat City tagged posts

Kuching Marathon 2016

kuching-marathon-2016-runholics-runcation-running-bandar-kuching-sarawak-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Kuching Marathon 2016 telah diadakan di Padang Merdeka, Jalan Tun Abang Haji Openg, Kuching pada 14 Ogos 2016. Merupakan penganjurannya yang ketiga sejak pertama kali diadakan pada tahun 2014 serta ianya telah menjadi salah satu acara yang popular dan dinanti-nantikan setiap tahun. Seperti biasa, acara ini menawarkan 4 kategori larian iaitu Full Marathon (42.195km), Half Marathon (21.1km), 10km dan juga 5km.

Semestinya, aku dan wife tidak akan ketinggalan untuk mendaftar bagi kategori Half Marathon (21.1km) dan merasai sendiri pengalaman berlari di bandar Kuching. Alhamdulillah, aku dan wife dapat beli tiket Air Asia dengan kadar yang boleh dikatanya berpatutan serta bayaran hotel yang cukup murah untuk penginapan kami 4 hari 3 malam. 😀 Alice dan Z pun turut serta ikut kami ke Kuching walaupun bukan untuk berlari. Runcation katanya…hihihihi....

Jom Baca Lagi....