We Run KL 2016 tagged posts

Nike We Run KL 21K 2016

nike-we-run-kl-2016-half-marathon-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Nike We Run KL 21K 2016 telah diadakan di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur pada 10 April 2016. Larian anjuran Nike Malaysia ini hanya menawarkan satu (1) kategori sahaja iaitu 21km (Half Marathon). Peserta akan memulakan larian di Race Village, Semasa Parking Sentral yang bersebelahan dengan KL Sentral dan akan mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur sejauh 21km sebelum kembali semula ke Semasa Parking Sentral untuk menamatkan larian.

Aku dan wife juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai acara ini yang dikatakan antara acara popular setiap tahun. Penyertaan bagi acara ini telah penuh dalam masa 3-4 jam selepas pendaftaran dibuka. Nasib baik aku dan wife sempat untuk mendaftar walaupun beberapa kali menghadapi masalah dengan proses pembayaran. Ini juga merupakan acara larian 21km (half marathon) yang pertama buat wife aku. Sebelum mula larian, 3 kali wife ke tandas sebab gementar gamaknya…...

Jom Baca Lagi....