World of Sports Malaysia tagged posts

Mizuno Wave Run 2015

mizuno-wave-run-2015-wos-world-of-sports-runholics-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Mizuno Wave Run 2015 telah diadakan di Pusat Rekreasi Air, Precint 6 Putrajaya pada 13 Disember 2015. Acara larian anjuran World of Sports Malaysia ini sepatutnya telah dijadualkan pada 27 September 2015 di Dataran Putrajaya tetapi telah ditangguh ke tarikh yang baru disebabkan masalah jerebu yang kronik melanda Malaysia beberapa bulan yang lepas. Ini juga merupakan anjuran bagi tahun ke 10 dan pada tahun ini buat julung kalinya, pihak penganjur telah menawarkan kategori 21km Half Marathon selain daripada kategori kebiasaannya iaitu 10km terbuka dan veteran.

Sebenarnya, aku dan wife memang tak daftar pun larian ni dan kitaorg berlari menggunakan bib orang lain. Aku beli bib orang lain dan wife pun beli bib orang lain…hihihihihi.. πŸ˜€ Aku pun tak tahu kenapa aku beriya sangat nak beli bib Mizuno Wave Run ni. Dahlah beli bib orang lain, lepas tu tiba-tiba acara larian ni kena tangguh pula...

Jom Baca Lagi....