Wrinkled Hornbill tagged posts

Kenali 10 Spesies Enggang Royal Belum

royal-belum-bird-expedition-tasik-temenggor-burung-enggang-hornbill-10-spesies-hornbill-royal-belum-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Semenjak kali pertama menjejakkan kaki di Hutan Simpan Royal Belum, aku sentiasa rindu dan terpikat kepada keunikan serta kepesonaan khazanah rimba dan juga kepelbagaian bio yang tersimpan di Hutan DiRaja ini. Buat kali ketiganya, sekali lagi aku telah menjadi tetamu Royal Belum dalam program Royal Belum Bird Expedition bertemakan β€˜Exploring the Hornbill Capital of the World’ yang telah berlangsung pada 5 hingga 7 September 2014 yang lalu.

Setinggi-tingginya perhargaan terima kasih aku ucapkan kepada Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) dan juga Perbadanan Taman Negeri Perak kerana sudi menjemput aku untuk bersama-sama turut serta dalam program ini, malah ianya juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Tourism Perak dan juga pihak NCIA (Northern Corridor Implementation Authority).

Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) telah mengambil pelbagai inisiatif serius dalam usaha untuk memelihara kepelbagaian spesies hidupan liar ...

Jom Baca Lagi....