Tandem Paragliding Bersama Proglidesports

Assalamualaikum dan Salam Mesra,

Apa itu Paragliding?

Paragliding ataupun dikenali sebagai Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai.

tandem-paragliding-bukit-jugra-banting-eshamzhalim-travelblogSolo Paragliding.

Apa itu Tandem Paragliding?

Bagi melakukan aktiviti Paragliding secara solo, adalah diwajibkan mempunyai lesen yang diiktiraf. Disinilah wujudnya Tandem Paragliding, anda akan melakukan aktiviti Paragliding bersama-sama seorang Paragliding Pilot yang bertauliah dan telah diiktirafkan untuk membawa penumpang. Maksud yang lebih tepat lagi ialah anda akan menjadi penumpang dan terbang bersama-sama seorang Paragliding Pilot. Pilot akan mengawal payung luncur dan penumpang hanya menikmati aktiviti paragliding tersebut. 

tandem-paragliding-bukit-jugra-kuala-kubu-bharu-proglidesports-jom-paragliding-eshamzhalimTandem Paragliding: Pilot di belakang dan penumpang di depan.

Bagaimana sekiranya saya ingin mencuba aktiviti Tandem Paragliding?

Jangan risau, eshamzhalim.com dan Team Proglidesports sudi memberi anda peluang untuk merasai sendiri terbang bebas di udara seperti seekor burung dan menikmati sendiri kedinginan angin serta permandangan yang indah. Team Proglidesports adalah di antara operator yang bertauliah dan diiktiraf untuk melakukan aktiviti Paragliding dan juga Tandem Paragliding di Malaysia. Sekiranya anda berminat untuk mencuba, maklumat pakej adalah seperti dibawah:

Maklumat Pakej:

Bayaran: RM180 seorang. (Harga terkini yang telah ditetapkan oleh Paragliding Operator mulai 1 April 2016).
Durasi Paragliding: 5-10 minit (bergantung kepada keadaan angin).
Lokasi: Bukit Jugra, Banting, Selangor.
Pakej termasuk: Sijil penyertaan (e-certificate) dan juga rakaman video.
*Pakej tidak termasuk makanan dan minuman serta insuran. Sijil adalah berunsurkan e-certificate dan akan dihantar melalui email (katakan tidak kepada pembaziran kertas. 😀 )

Syarat bagi melakukan aktiviti Tandem Paragliding:

Minimum peserta untuk tandem paragliding: minimum 5 orang bagi tarikh yang dipilih.
Berat badan:
Minimum 45kg dan maksimum 90kg.
Tahap kesihatan: Sihat tubuh badan dan tiada masalah jantung atau apa-apa penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, epilepsi, pengsan, pening yang boleh menimbulkan sebarang masalah semasa aktiviti paragliding. Peserta OKU juga boleh turut serta tetapi bergantung kepada pertimbangan pilot.
Pakaian: Pakaian yang sesuai dan juga diwajibkan memakai kasut sebagai langkah keselamatan.

Apa yang perlu dibawa oleh peserta:

  1. Pendrive atau External Harddisk dengan ruang kosong 4GB ke atas untuk pemindahan video.
  2. Makanan dan minuman sepanjang aktiviti kerana kemungkinan aktiviti akan tamat lewat petang sekiranya keadaan angin yang tidak sesuai untuk aktiviti tandem paragliding. Dinasihatkan sarapan terlebih dahulu dan bawa makanan tengahari bersama.
  3. Mood yang ceria dan penampilan yang bergaya 😀

page-break-dashed-line-01

TERMA DAN SYARAT AKTIVITI TANDEM PARAGLIDING:

  1. Aktiviti Tandem Paragliding ini adalah tertakluk kepada keadaan cuaca dan angin. Sekiranya cuaca dan keadaan angin yang tidak mengizinkan serta berbahaya. Pihak Proglidesports berhak membatalkan aktiviti dan menundakannya ke tarikh yang lain kerana “KESELAMATAN ANDA ADALAH KEUTAMAAN KAMI”.
  2. Pihak Proglidesports dan www.eshamzhalim.com tidak akan dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini tetapi pihak kami akan sedaya upaya menjaga keselamatan kesemua peserta. Borang Pelepasan Tanggungjawab (Indeminity Form) akan diberi kepada peserta untuk ditandatangani sebelum melakukan aktiviti.
  3. Peserta hendaklah patuh dan mengikut nasihat operator atau pilot yang dipertanggungjawabkan kepada anda.
  4. Peserta hendaklah memaklumkan dan berterus-terang kepada operator atau pilot sekiranya mempunyai apa-apa masalah kronik sebelum memulakan aktiviti tandem paragliding.
  5. Peserta dinasihatkan untuk menguruskan sendiri pengambilan perlindungan insuran bagi aktiviti lasak seperti ini.
  6. Pihak kami akan menyemak tarikh booking yang dicadangkan oleh anda dan maklumkan kepada anda melalui email, sms atau whatapps samaada tarikh tersebut masih kosong ataupun telah dibooking.
  7. Tarikh yang telah dipersetujui hendaklah disertakan dengan bayaran deposit sebanyak RM80 bagi setiap peserta. Bayaran deposit boleh dibuat selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh aktiviti tandem paragliding. Bagi penyertaan yang melebihi 15 orang, bayaran deposit perlu dibuat dalam masa 3 minggu sebelum tarikh aktiviti.

page-break-dashed-line-01

181 total views, 1 views today