The Heart Exhibition: Pameran Kesihatan Jantung 2014

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centre

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Hari Jantung Sedunia akan disambut pada bulan September setiap tahun. The Heart Exhibition ataupun Pameran Kesihatan Jantung adalah merupakan event tahunan yang memfokuskan kepada penjagaan dan kesihatan jantung. Pada tahun ini Pameran Kesihatan Jantung 2014 telah diadakan pada 27 – 28 September 2014 di Exhibition Center, Mid Valley Megamall di atas anjuran Yayasan Jantung Malaysia, Institut Jantung Negara, Woman’s Heart Health Association dan juga NHAM (National Heart Association Malaysia). Pameran Kesihatan Jantung ini adalah bertujuan untuk memupuk dan memberi kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya kesihatan serta penjagaan jantung di dalam kehidupan harian. Aku rasa ramai jugak sebenarnya rakyat Malaysia yang sedar bahawa jantung ni merupakan organ penting di dalam anatomi tubuh manusia dan memerlukan penjagaan yang baik bagi memastikan ia sentiasa berdenyut dengan sihat.

Alhamdulillah, ini merupakan kali kedua aku dan wife berpeluang untuk turut serta di dalam event kesihatan ini dan pasti akan menjadi event tahunan buat kitaorg. Antara kebaikan sertai event ini ialah korang boleh melakukan ujian saringan kesihatan secara percuma…. PERCUMA ok!!!… dan inilah juga sebab yang membuatkan kitaorg suka event-event sebegini. Walaupun hanya saringan kesihatan secara asas tetapi tetap juga boleh mengetahui sejauh manakah tahap kesihatan kita.

Seawal pukul 9 pagi, kitaorg dah bertolak ke Mid Valley Megamall sebab malas nak berebut parking. Paham-paham jer lah kan, situasi biasa di shopping mall pada hari minggu. 😀 Seperti biasa, penyertaan daripada kaum Melayu bagi event-event sebegini adalah kurang memuaskan, walaupun ada tetapi peratusannya tidaklah seramai kaum Cina ataupun India yang sememangnya amat mementingkan elemen kesihatan meskipun sudah menjangkau umur 60 tahun ke atas.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centre

Perkara yang pertama kitaorg buat ialah daftar untuk melakukan ujian saringan kesihatan walaupun perlu beratur panjang. Gigih jugak aku dan wife beratur tau…hihihihihihi… 😀 Baru buka kaunter untuk daftar tapi aku dan wife dah dapat nombor ke 90 lebih.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreKaunter pendaftaran sebelum melakukan ujian saringan kesihatan.

Digalakkan supaya berpuasa terlebih dahulu sebelum melakukan ujian saringan ini bagi mendapatkan bacaan yang paling tepat. Aku dan wife memang belum sarapan lagi dan hanya minum air mineral jer. Bermula dengan ujian BMI (Body Mass Index), BMI ni adalah ujian untuk memastikan berat dan ketinggian kita samaada normal dan seimbang, gemuk, obesiti, kurus atau terlalu kurus dan selepas tu barulah ujian tekanan darah, kandungan gula dan kolestrol dilakukan. Selepas selesai mendapat semua keputusan ujian kitaorg terus ke kaunter konsultasi bagi menyemak keputusan dan mendapatkan khidmat nasihat daripada staf IJN.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreBeratur untuk menimbang berat badan dan ukuran ketinggian.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreKawasan ujian saringan kesihatan.

Memang banyak aktiviti yang disediakan khas buat pengunjung seperti pemeriksaan kesihatan, ujian ECG, ujian kecergasan, demonstrasi CPR, cabutan bertuah, permainan kecerdasan, jualan produk dan alatan kesihatan, makanan kesihatan, ceramah kesihatan daripada pakar-pakar nutrisi  dan pelbagai lagi. Kalau korang tak datang, sememangnya amat rugi.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreBanyak jugak booth yang menjual makanan kesihatan bagi keperluan diet harian.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreWife aku bergambar dengan replika jantung yang besar.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreAntara masalah di Malaysia.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreDiabetes.

Aku dan wife berpeluang untuk turut serta belajar bagaimana untuk melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation). Aku dah pernah belajar CPR dan Basic First Aid Training ni dalam 6-7 tahun lepas tapi biasalah kalau lama tak buat memang lupa ler…hihihihi.. 😀 lagipun aku memang cukup berminat untuk belajar kemahiran-kemahiran seperti ini dan ini merupakan peluang yang aku tidak akan sia-siakan. Ini adalah ilmu yang patut ada pada semua orang supaya boleh bertindak sebelum pasukan paramedik tiba untuk memberi bantuan.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centrePush!..Push!..Push harder!!…

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreDummy Elektronik ni…bila lakukan tekanan CPR dengan betul barulah lampu hijau akan menyala.

Jom aku kongsikan dengan korang semua keputusan ujian saringan aku bagi tahun ini dan tahun lepas.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centreUjian tahun 2014

Diatas ini daripada keputusan bagi tahun 2014 dan dibawah pula bagi tahun 2013.

the-heart-exhibition-2013-heart-disease-shamphotographyUjian tahun 2013

Nampaknya BMI aku masih lagi dalam lingkungan “Normal”, tekanan darah semakin normal berbandingkan tahun 2013, ujian kandungan gula semakin lebih baik daripada tahun lepas tetapi ujian kolestrol pada tahun ni menunjukkan ada peningkatan nampaknya….. haih!!!… daripada 5.07 mmol/L (2013) naik ke 5.66 mmol/L (2014). Antara nasihat yang aku dapat daripada pakar nutrisi adalah lebihkan senaman kardio, lebihkan sayuran dan buah-buahan, mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang. Aku rasa macam dah penuhkan aktiviti mingguan dengan aktiviti senaman tapi tak cukup lagi rupanya. Nampaknya kena dipertingkatkan lagi….hihihihihi.. 😀

Aku juga sempat melakukan ujian Body Composition Analysis bagi mendapatkan keputusan untuk seluruh badan. Apa itu Body Composition Analysis?. Ujian Body Composition Analysis ini boleh menyukat peratusan lemak badan, peratusan otot, tulang, BMI, kandungan mineral dan juga kandungan tisu dalam badan. Korang juga boleh tahu berapa kadar metabolisme dan juga berapa banyak kalori yang perlu diambil dalam sehari untuk tubuh badan korang. Walaupun keputusan aku ada kenaikan dan penurunan diantara tahun ini dan tahun lepas tetapi Fitness Score tetap sama 70.

the-heart-exhibition-2014-pameran-kesihatan-jantung-2014-hari-jantung-sedunia-mid-valley-convention-centre

Event ini akan diadakan setiap tahun dan pastikan korang akan sertai untuk tahun-tahun yang akan datang. Tiada ruginya jika korang semua dapat luangkan sedikit masa untuk program seperti ini. Menurut statistik, serangan jantung merupakan pembunuh no. 1 di Malaysia dan disebabkan itu korang semua perlu jaga ia mulai sekarang. Aku sudah berjaya berhenti merokok lebih kurang 1 tahun setengah walaupun seorang perokok tegar satu ketika dulu. Siapa kata berhenti merokok itu susah?.. Senang jer tapi korang sendiri yang menyusahkan ia…. hihihihihi.. 😀

Aku pernah menulis 1 entri mengenai event ini pada tahun lepas, bolehlah baca di entri The Heart Exhibition – Pameran Kesihatan Jantung 2013. Wife aku pun ada jugak menulis entri mengenai The Heart Exhibition 2014 ni dalam blog Shaklee beliau… jomlah baca di entri Sambutan Hari Jantung Sedunia 2014 di Mid Valley.

11 comments to The Heart Exhibition: Pameran Kesihatan Jantung 2014

  • Denaihati  says:

    banyak dapat belajar kat pameran ni, CPR tu memang penting sangat lah.

    • eshamz halim  says:

      Yup..betul tu tuan DH… setiap orang kena belajar CPR… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Bagus acara2 kesihatan mcm ni.. selain menambah pengetahuan ia juga memberi cara yg betul jika terjadi keadaan yg tak diingini. Wahh.. bro buat cpr pun ada style… 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Memang bagus bro khir… boleh buat ujian kesihatan percuma pastu banyak perkara yang boleh dipelajari semasa event ni… mesti laa ada style…ahahahahaha… 😀

  • Hairul Azni  says:

    Beza tahun ni dan tahun lepas punya ketinggian tu, nampaknya tahun ni agak rendah dari tahun lepas..atau diaorang silap ukur?..

    • eshamz halim  says:

      Ahahahahaha… salah la bro.. tahun ni lagi tinggi dari tahun lepas laa… 2013=174cm, 2014=175.2cm…. biasa laa klu ukur mesti dpt berbeza sbb tahun lepas rambut aku pendek pastu tahun ni lom gunting rambut lagi…drg kira smp rambut bukan kepala…ekekekekeke…. 😀

  • aRz MOHa  says:

    bagus juga event macam ni. boleh tahu kesihatan kita.
    Kadang nampak ja kurus tapi klestrol tinggi

    • eshamz halim  says:

      Betul tu bro…kadang2 org kurus yg kolestrol tinggi…

  • Sue AK  says:

    salam perkenalan
    jemput join segmen ni..http://sueakgogeous.blogspot.com/2014/10/9-awesome-blogs-of-month.html

  • Noriza Rahman  says:

    CPR memang best kalau dapat belajar, masa kerja dulu ex-company ada hantar gi kursus juga

    • eshamz halim  says:

      Yup… memang kemahiran yang patut ada pada semua orang… 😀

Isikan Komen Anda Disini