Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 1

Salam,

Kali ni aku ngan wife travel ke Langkawi dan Negeri Perlis Indera Kayangan bertemakan “light n budget travel”. Rancangan asal sebenarnya kitaorg nak wat road trip dari KL Sentral-Hatyai- Krabi-Phuket-Hatyai-KL Sentral mengunakan perkhidmatan KTMB dan pengangkutan awam di Thailand tapi terpaksa dibatalkan kerana pergolakkan politik di sana masih belum reda. Kalau gi naik flight boleh jer tapi kitaorg nak cuba yang lebih adventure…hihihihihi. 😀

Tiket KTMB kitaorg beli yang paling murah tapi pergi sana kitaorg dapat tiket Aircond Superior Class – ASC (RM42 seorang) sebab ini jer yang ada pastu balik ke KL Sentral aku berjaya beli tiket yang paling murah iaitu Economy Class (RM23 seorang). Dari segi hotel pula, wife yang uruskan so dapat RM60 untuk 1 malam x 2 + caj bersamaan RM126. Kereta sewa kitaorg cuba cari di sana nanti.

Perbelanjaan setakat ini:

Tiket KTMB ke Arau – RM42x2 = RM84
Tiket KTMB ke KL Sentral – RM23x2 = RM46
Hotel = RM126
Jumlah = RM256

Isnin, 13 Januari 2014

Aku terkejar-kejar balik dari opis pastu layan jem kat federal highway. Sampai rumah jer terus aku ngan wife bersiap, dalam pukul 6 lebih terus kitaorg keluar dari rumah dan berjalan kaki ke Stesen Komuter Batu 3 (naik teksi sure kena RM5). On the way tu, tertiba hujan lebat lak..aku suh wife berlari sambil aku pikul kedua-dua backpack. Nasib baik backpack aku Waterproof, dalam backpack masing-masing cuma ada 3-4 baju, 2 seluar dan tak lupa juga seluar kecik…hihihihhihi.. barang-barang lain dalam backpack 1 laptop, 1 DSLR, kasut speedo dan keperluan lain seperti power bank, bateri spare dan kabel-kabel. Tak lupa juga GoPro aku yang terselit di poket kargo pant aku…hihihihihi. 🙂

Beli tiket komuter ke KL Sentral (RM2.10×2 = RM4.20) pastu kitaorg naik komuter dengan keadaan basah kuyup…ahahahaha.. sejuk giler aircond komuter tu. Sampai ler kitaorg di KL Sentral dengan berbaki kan 1 jam lebih lagi sebelum boarding Tren Senandung Langkawi. Kitaorg beli nasi ayam ayamas (RM15), roti gardenia (RM4) ngan 2 botol air mineral (RM4.30) untuk bekalan makanan dalam tren nanti.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-01

Tepat pukul 9, boarding gate pon dibuka dan kitaorg terus masuk menuju ke tren Senandung Langkawi dan sempat lagi bergambar sebelum tren bergerak…hihihihihi.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-senandung-langkawiCoach kitaorg L7

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-senandung-langkawiOk ler..luas la jugak seat nya kan….

Dalam tren kitaorg takde nak buat apa sangat cuma duduk di seat jer sambil main fb dan makan. Perjalanan tren dari KL Sentral ke Arau mengambil masa 11 jam yer so kena la prepare apa yang patut, kalau tak kejung ler dalam tu. Dinasihatkan supaya bawak jaket tebal sebab dalam tren aircond nyer sejuk beku hingga ker tulang…. Akhirnya kitaorg tertido tapi tu ler dapat tido-tido ayam jer…hihihihi. Takde apa lagi nak buat selain daripada tido.

Perbelanjaan setakat ini:

Telah dibelanjakan = RM256
Tiket Komuter ke KL Sentral – RM2.10×2 = RM4.20
Nasi Ayam Ayamas = RM15
Roti Gardenia = RM4
2 Botol Air Mineral = RM4.30
Jumlah = RM283.50

Selasa, 14 Januari 2014

Kejap ke kiri, kejap ke kanan… itu ler gaya bebas kitaorg tido sambil duduk dalam tren. Nota untuk diri sendiri, lepas ni kena beli bantal yang isi angin tu letak kat leher tu, kalau tak nanti sakit leher tapi apa ada hal kan… baru la adventure. Dapat lak wife yang sama-sama suka road trip camni lagi ler seronok…ahahahahaha. Tren akan berhenti di setiap stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang dan akhirnya tren berhenti di Stesen Butterworth dalam pukul 6-7 pagi selama 30 minit. Berhenti 30 minit sebab dorang nak tukarkan kepala keretapi dan kat sini korang leh lepak-lepak di luar tren tapi jangan jauh sangat..kang kena tinggal tren lak kang.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-senandung-langkawi-stesen-butterworthStesen Butterworth

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-senandung-langkawi-stesen-butterworthBila la nak sampai ni?…. 😀

Selepas 30 minit berhenti, nanti akan kedengaran siren yang menandakan tren akan bergerak kembali menuju ke utara. Masuk balik dalam tren dan kitaorg bergilir-gilir ke tandas bersiap apa yang perlu (gosok gigi ngan basuh muka) Dalam tren juga ada surau yer, pandai-pandai ler cari..kadang-kadang jauh..kadang-kadang dekat bergantung pada coach mana yang korang duduk.

Sementara tunggu sampai ke Arau, kitaorg bekfes dulu dalam tren dengan bekalan roti gardenia dan air mineral yang kitaorg beli kat KL Sentral tadi dan menunggu lagi untuk sampai ke Stesen Arau. Dinasihatkan bawak bekalan makanan yer….

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-senandung-langkawi-stesen-butterworth

Tren sampai ke Stesen Arau dalam pukul 8.45 pagi dan aku terus telefon member baik aku a.k.a Aman Gani untuk suruh dia pickup kitaorg kat stesen dan hantar ke Jeti Kuala Perlis. Disebabkan nak save budget aku mintak tolong Aman, selamat sket duit teksi…hihihihihihi. Member aku ni orang KL tapi merantau, berkahwin dan menetap di Perlis, dia bukak bengkel NGV di Kangar. Kat Kangar dier sorang jer yang ada bengkel pemasangan NGV. Kalau saper-saper di Perlis nak pasang NGV, boleh contact dia…gambar ada kat bawah ni haa…

 langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-kangar-perlisBergambar bersama Aman di Bengkel NGV nya…

 langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-kangar-perlisMau pasang NGV, contact jer no.tel kat atas ni haaa….

Sebelum Aman hantar kitaorg ke Jeti Kuala Perlis untuk beli tiket, dia bawak kitaorg ronda-ronda Perlis dulu dan belanja kitaorg bekfes. Alhamdulillah!.. save lagi budget untuk bekfes. Hihihi 😀 . Kitaorg dapat beli tiket untuk ferry pukul 12 tengahari dan harga tiket sehala ialah RM18 bagi seorang dewasa. Semasa beli tiket, ada brader ni offer kereta sewa, selepas bincang kitaorg dapat Viva(M) RM50 sehari dan kereta pulak kena amik kat Langkawi nanti. Jom tengok gambar dulu….

 langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-kangar-perlisJambatan gantung di Kangar

 langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-kangar-perlis

 langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-kangar-perlis

Aman hantar kitaorg balik ke Jeti dalam pukul 11.45 pagi dan terus kitaorg naik ferry ke Langkawi. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ke Jeti Langkawi mengambil masa 45 minit atau 1 jam bergantung kepada keadaan laut. Aku cam biasa ler, layan movie dalam ferry.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-ferry-jeti-kuala-perlis

Tak abis lagi aku layan movie, dah sampai jeti Langkawi. Setelah 11 jam dalam tren pastu 1 jam dalam ferry, akhirnya sampai juga ke Pulau Langkawi walaupun aku dah berkali-kali datang ke Langkawi….hihihihi. 😀

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-ferry-jeti-langkawi

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-ferry-jeti-langkawi

Sampai jer terus kitaorg gi amik kereta sewa dan kena bayar deposit sebanyak RM70 untuk kereta. Macam biasa la kan, kalau kereta sewa ni mesti petrol dah kering nyer so singgah isi minyak jap (RM20) masa nak gi hotel. Kali ni kitaorg stay kat Desa Terrace di Pantai Tengah, tak jauh dari Pantai Cenang pon.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-desa-terrace-pantai-tengah

Lepas selesai check-in hotel, solat jap pastu terus keluar menuju ke SkyCab di Gunung Mat Chincang, sajer jer nak naik Cable Car lagi walaupun dah pernah naik. Walaupun dah banyak kali datang sini tapi masih lagi sesat jalan….ahahahahahahaha. 🙂 .

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

Bayaran tiket bagi Skycab ialah RM15 (seorang dewasa) bagi pemegang Mykad. Masing-masing dulu (zaman bujang) dah naik Skycab sebenarnya tapi tak pernah kitaorg naik berdua….hihihihihi. Gunung Mat Chingcang mempunyai ketinggian setinggi 713 meter (2339 kaki) dari paras laut. Jarak dari stesen bawah ke stesen akhir ialah sepanjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland. Amat scary ketika naik Cable Car tu, kalau korang ada masalah gayat tawakal jer la….ahahahahaha. Dengan angin yang kuat membuat Cable Car tu bergoyang, memang tak boleh nak buat apa pun selain daripada bertawakal jer. Jom tengok gambar-gambar kitaorg kat atas tu dan kitaorg bernasib baik sebab cuaca amat cantik tapi panas terik oooooo.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchangSungguh cantik permandangan dari atas tuu….

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchangParody Jijie…..

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchangJambatan gantung (Skybridge) yang dah lama tutup untuk repair….so tak dapat nak ke sana..

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

Ada 3 stesen yer Skycab ni iaitu Stesen bawah (tempat korang naik lepas beli tiket), stesen tengah dan juga stesen akhir (paling atas sekali). Aku nasihatkan jangan turun dulu bila sampai ke stesen tengah tapi terus naik ke stesen akhir, masa nak turun nanti baru singgah kat stesen tengah.

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

Ni kitaorg kat stesen akhir (atas sekali)…tu nampak tak stesen tengah kat sebelah kiri aku tuuu…

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchangCuba cari mana Cheq Eem?

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchangNaik tinggi-tinggi untuk makan aiskrim jer….hihihihihi.. 🙂

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

Biler korang turun ke stesen bawah dari Skycab nanti, tiket Skycab tu pastikan jangan dibuang atau hilang yer….sebab biler korang nak keluar nanti, korang kena scan tiket tu untuk keluar. Korang mesti scan tiket masa korang mula-mula masuk ke Skycab tu kan so nak keluar pun kena scan tiket jugak yer…..hihihihihi. 🙂

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchangLepas turun lepak-lepak lak kat taman Skycab tuu…tengok tu banyaknyer ikan…

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchang

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-skycab-gunung-mat-chingchanghihihihihihi….

Kalau dah tengok gambar, jom tengok video nyer pulak. Rugi tau kalau tak tengok video kitaorg naik Cable Car ni… zaaaaaaasssssssss….. layan…

Habis ronda kat sini, terus balik ke Pantai Cenang untuk cari kedai makan pastu terus lepak kat tepi pantai sambil tengok sunset. Lawa giler sunset hari tuu…

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-langkawi-pantai-cenang-sunsetNak naik mahal so bergambar jer la..

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-langkawi-pantai-cenang-sunset

langkawi-perlis-kl-sentral-shamphotography-langkawi-pantai-cenang-sunset

Malam tu kitaorg keluar ronda-ronda lagi kat Pantai Cenang dan cari pakej untuk Island Hopping, dapat ler sorang RM30. Balik semula ke hotel dan tido sebab esok kul 9 pagi gi Island Hopping.

Perbelanjaan setakat ini:

Telah dibelanjakan = RM283.50
Tiket Ferry Ke Langkawi – RM18x2 = RM36
Kereta Sewa (2 hari) = RM100 + RM70 (Deposit)
Petrol = RM20
Deposit Hotel = RM50
Tiket Skycab – RM15x2 = RM30
Ais-krim= RM5
Makan Malam = RM21
Pakej Island Hopping – RM30x2 = RM60
Pengalaman Tido Duduk Dalam Tren = Priceless
Pengalaman Lepak Tepi Pantai Sambil Layan Sunset = Priceless
Jumlah = RM675.50

Tunggu sambungannya lagi yer….. panjang lagi ceritanya ni… tungguuuuuuuuu!!!!!… 😀

12 comments to Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 1

  • sobri  says:

    wow bro percutian yg lengkap..tq 4 sharing.. tambah2 sekali ada bajet senag nak refer..tringin gak nak p naik tren..insaallah akan laksanakan dlm waktu tdekat..naik kat buterwoth..dekat je nak p..skrg nak kumpul bajet je.. wah ber*selfie* nampak.. so sweet couple..rasanya saya pun kena beli alat ni gak la..nak tunggu wife hadiahkan ..x kawin lg.,.. nampaknya kena beli sendiri le.. nice entry bro..bgus utk dijadikan rujukan 🙂 teruskan 😛

    • eshamz halim  says:

      Sama2 Bro.. kali ni mmg kitaorg cuba kirakan budget, nak tgk berapa banyak duit yg terbang..hihihihi 🙂 . Klu kat Butterworth dah dekat dah bro..murah sket harga tiket pastu takyah 11 jam duk dlm tren…hihihi.. kalau single traveller sgt sesuai beli gopro..leh selfie jer…ekekekekeke.. cari ler wife cepat pastu suh dier hantar GoPro sebagai hantaran…ahahahahahahaaha “D

      • sobri  says:

        ha..ha.. miuda lg bro..nanti kalau dah kawin akan saya mintak gopro sngai hantaran..tapi kena la cari isteri yg suka bgambar..barulah serasi 🙂

        • eshamz halim  says:

          Apa lagi..kena ler pandai mencari…ekekekekekeke… muda lagi ek? 😀

  • BUNDA  says:

    Salam ukhwah dan salam ziarah dari bunda…

    • eshamz halim  says:

      Salam ukhwah dan salam perkenalan juga dari saya.. terima kasih berkunjung ke blog ini… 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh..mmg seronok.. tengok gmbar pun jadi seronok & terhibur. Perjalanan kembara yg mencabar juga tu ye.. pasti bnyk pengalaman & kenangan yg sgt manis.. Thanks sharing.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      hihihihihi… kitaorg mmg suka wat kerja last minit pastu mmg suka roadtrip ni… suka gak backpacking ni..dapat cari pengalaman dan cerita untuk dimasukkan dalam blog… 🙂

  • PakcikLie PCL  says:

    salam Sham..haha tak jadi pi Siam ampa pi Langkawi no…cantik plan tu , kami pon lama betui dah tak ke sana. teringin nak naik cable car. Menarik dan terasa rindu pasir halus Pantai Cenang ..macam mengamit2 kami ke sana.

    • eshamz halim  says:

      W’salam, mmg kena kansel gi Siam sbb sana tgh perang politik skrg ni..bahaya lak kang..hihihihihi..so terpaksa last minit tukar plan sbb dah mintak cuti…redah jer lah…ekekekeke.. apa lagi PCL, plan ler ker Langkawi ngan family sekali..hihihi.. 😀

  • brightstar  says:

    utk part 1 ini, ada sedikit yg dirasakan terusik. Menggunakan kawan hanya sekadar utk save bajet? Tapi mmg kebanyakan org pun melakukan perkara yg sama ini yg dirasakan sedikit keji. maaf dgn bahsa yang dinukil ini… Anyway, syabas dengan penulisan travel-log yang baik.

    • eshamz halim  says:

      Salam saudara/i, saya berpendapat kemungkinan anda tidak memerlukan pertolongan drpd seorang kawan ataupun hakikatnya anda memang tidak mempunyai kawan yg sudi membantu apabila diperlukan. Jika disamakan pertolongan dgn perkataan keji itu amatlah tidak beretika….. maaf dgn bahsa yang dinukil ini…. Anyway, terima kasih kerana sudi membaca blog saya…. 😀

Isikan Komen Anda Disini