Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 2

Salam,

Rabu, 15 Januari 2014

Island Hopping

Pagi-pagi lagi kitaorg dah bersiap untuk aktiviti Island Hopping, sebelum tu gi cari bekfes dulu kat area sekitar hotel. Dalam pukul 9.30 pagi, van sampai untuk hantar kitaorg ke tempat naik bot. Dalam van dah ada family daripada Australia dan 3 orang dari Ukraine. Aku macam biasalah, masuk van terus cakap “ Good morning guys!..” sambil tersenyum. Biar dorang tau, orang Malaysia ni friendly sebenarnya. Dalam van aku cuma borak dengan driver tu jer, orang KL rupanya driver ni. Sampai di jeti angin gilernya kuat, lepak jap sambil tunggu bot. Biler semua dah masuk dalam bot, mulalah kitaorg semua berhempas pulas melawan ombak yang bergelora. Geng-geng bot kitaorg sama ngan geng dalam van tadi pastu tambah lagi pasangan melayu bawak anak kecik.

Island-hopping-langkawi-shamphotography

Angin dan ombak memang cukup kuat hari tu, cuak jugak kitaorg dalam bot. Aku ketatkan strap life jacket aku pastu suruh wife pun check life jacket gak. Safety first yer, bot berhenti sekejap berdekatan dengan Pulau Dayang Bunting untuk melihat bentuk seorang perempuan mengandung yang sedang baring.

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-dayang-buntingPulau Dayang Bunting

Driver bot kitaorg langsung tak reti cakap english so aku ngan wife ler jadi tour guide mat-mat dan minah-minah salleh tu. Bot bergerak kembali dan menuju ke Tasik Dayang Bunting. Kat sini kitaorg berhenti selama 1 jam, aku pernah datang sini lebih kurang 7-8 tahun lepas dan aku tengok memang banyak perubahannya. Dulu aku datang memang tak nampak minah-minah salleh pakai bikini dan berjemur tapi sekarang dah banyak dah. Segan pulak kalau bawak orang tua ke sini. Life jacket bot tadi tidak dibenarkan bawak keluar dari bot so kalau nak mandi kat Tasik Dayang Bunting ni kena sewa life jacket kat situ dan1 life jacket RM10. Bawak pulak RM30 jer dalam bag, biar wife aku jer lah yang mandi dan aku tunggu kat atas tapi hampanya life jacket dah abis stok ler pulak pastu yang ada pun cam tak confident jer nak guna. Kitaorg lepak-lepak dan ronda-ronda jer la kat sekitar tasik tu untuk habiskan masa.

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-buntingDulu aku datang, takde kolam untuk kanak-kanak ni..

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Island-hopping-langkawi-shamphotography-tasik-dayang-bunting

Next stop Pulau Singa Besar, kitaorg gi tengok helang lak (Eagle Feeding) tapi tak turun pun, tengok dari bot jer. Kat sini pun berhenti dalam 10-15 minit jer.

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-singa-besar-helang-feedingGuna ultrawide lens, nampak kecik jer ler helangnya…hihihhihihihi… 😀

Lepas tu kitaorg gi Pulau Beras Basah, inilah yang kitaorg tertunggu-tunggu sebenarnya sebab dapat mandi-manda air laut…hihihihihi. Aku ngan wife nak turun mandi tapi saper nak jaga bag kitaorg so cari ler mangsa, nampak pulak family dari Australia tadi dan kitaorg pon borak-borak ngan dorang pastu terus tumpang letak bag sekali….ekekekekekeke..bijak kan kitaorg?… 😀 . dan kitaorg pun terus …….. lalalalalalalala… (pepaham jer la kan).

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basahPanas terik ooooo….mata pun tak leh nak bukak…

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basah

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basahBergambar dengan Yana dan Leon dari Ukraine..

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basahUkur kaki…

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basahWife pun nak selfie gak…hihihihi..

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basahJom floating…..

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basah

Kitaorg borak-borak ngan family Australia tadi dan macam-macam cerita yang keluar so masing-masing memperkenalkan diri. Maria dan Matthew (Mom & Dad) dan 3 anak lelaki dorang Tom, Jesse dan Harry. Seronok jugak borak dengan dorang.

Island-hopping-langkawi-shamphotography-pulau-beras-basahGood day mate!!!…

Dah cukup 1 jam, kitaorg pun naik balik bot dan menuju pulang ke jeti menandakan Island Hopping sudah selesai. Sampai jer kat hotel, mandi dan bersiap untuk keluar lagi… kali ni dengan “Misi Untuk Menjejaki Air Terjun Di Langkawi”. Ini sebenarnya misi kitaorg datang ke Langkawi untuk mencari tempat air terjun…hihihihi.. pergi Island Hopping sebab wife belum pernah pergi lagi.

Sebelum tu jom layan video pendek sket Island Hopping di Langkawi… 😀

Entri air terjun akan aku ceritakan kat next entri sebab entri ni pon dah banyak gambar, nanti lambat pulak page loading blog ni…ekekekekeke. 😀

Perbelanjaan setakat ini:

Telah dibelanjakan = RM675.50
Breakfast = RM10
Jumlah = RM685.50

6 comments to Travel Logs Ke Langkawi Dan Perlis – Part 2

  • PakcikLie PCL  says:

    Sambil tengok Master chef final… sempoilah korang punya travel…teruja aku..haha

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahahaha….. zamir dah menang dah… ada banyak lagi tempat2 menarik kat Langkawi sebenarnya selain drpd pulau2… itu ler tujuan kitaorg ke sana utk teroka benda lain.. nak main ATV tp tak cukup masa lak..jenuh kitaorg merayap 1 pulau cari aktiviti…hihihihi.. 🙂

  • Khir Khalid  says:

    Wahh.. menarik ni. Suasananya pun cantik.. mmg best.. seronok tengok.. nice sharing.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih Saudara Khir…. 🙂 … ada lagi sambungannya ni…. tunggu k…ekekekekeke.. 😀

  • sobri  says:

    owh di sinikah entry island hoping..saya pnah mandi sekali dlm tasik dayang bunting dgn kat pantai beras ..serius memang best.. tambah2 kat pantai beras basah..masih bersih..dan air laut biru dan pasir memutih..rasa mcm dkat puket plak..perkongsian yg menarik bro 🙂

    • eshamz halim  says:

      haaaa…jumpa pun entri island hopping kan…hihihihi… mmg cantik pantai nyer tp tu lah nak kena sama2 jaga kebersihan. Ramai gak yg aku tgk buang sampah kat sana..geram lak aku rasa org yg sesukaati buang sampah… TQ bro..pengalaman kan harus dikongsi bersama…ekekekeke… 😀

Isikan Komen Anda Disini