Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu, Lumut, Perak

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim

Assalamualaikum dan Salam Perak Aman Jaya,

Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu atau lebih popular dikenali dengan nama Bukit Engku Busu terletak di bandar Lumut, daerah Manjung, Perak. Dengan ketinggian 331.4 meter bersamaan dengan 1087 kaki dari aras laut, bukit ini merupakan puncak yang tertinggi di bandar Lumut.

Menurut sejarah, bukit ini mendapat namanya sempena nama Raja Engku Busu yang berasal dari Selangor. Beliau telah dijemput oleh Sultan Perak sekitar tahun 1840-an dan ditugaskan untuk menghapuskan lanun-lanun yang telah menjadikan kawasan Selat Dinding dan Sungai Dinding sebagai lokasi persembunyian mereka. Kumpulan lanun-lanun ini sentiasa meronda di kawasan pantai dari Johor hingga ke Kedah dan menggangu kapal-kapal dagang Belanda, Inggeris dan Acheh tetapi malangnya Raja Engku Busu telah terkorban dan misi tersebut telah gagal. Raja Engku Busu adalah orang yang bertanggungjawab membuka pekan Lumut yang dahulunya dikenali sebagai “Tanah Merah”. Aku rasa ramai yang tidak tahu, suatu masa dahulu nama asal bagi daerah Manjung adalah daerah Dinding manakala Sungai Manjung juga dikenali sebagai Sungai Dinding.

Aku dan wife sempat meluangkan masa untuk mendaki Bukit Engku Busu pada cuti tahun baru cina yang lepas. Maklumlah, kalau balik kampung kenalah cari aktiviti untuk tidak membosankan diri di rumah……hihihihihihi… 😀 Lagipun bandar Lumut sememangnya dah jadi lokasi tetap aku sekiranya balik ke Seri Iskandar dan kami pun baru tahu ada lokasi mendaki rupanya di sana. Berdasarkan maklumat yang aku dapat, bukit ini bukan sekadar tempat rekreasi tetapi sering juga dijadikan tempat latihan keupayaan mental dan stamina bagi anggota TLDM yang berpengkalan di Lumut.

Bagi sesiapa yang ingin mendaki Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu, aku ada sediakan peta arah untuk ke sana daripada bandar Lumut. Boleh rujuk peta, gambar dan juga maklumat dibawah…… 😀

peta-ke-trek-merentas-hutan-bukit-busu-lumut-perak-eshamzhalim-lokasi-hiking-di-lumutPeta ke Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu, Lumut.

Daripada bandar Lumut terus menyusuri Jalan Raja Musa sehinggalah jumpa papan arah ke Trek Merentas Hutan Bukit Busu selepas simpang masuk ke Lumut Valley Resort Condominium (di sebelah kiri) dan juga The Orient Star Resort (di sebelah kanan). Dalam jarak lebih kurang 100 meter daripada papan arah tadi, akan jumpa satu simpang tiga di hadapan Balai Polis Lumut. Belok kiri di simpang tiga ini dan terus menyusuri jalan tersebut sehinggalah jumpa trek permulaan untuk mendaki Bukit Engku Busu. Jalan ke Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu agak jauh ke dalam dan kelihatan seperti kawasan pembinaan. Terus sahaja susuri jalan itu hinggalah ke kawasan permulaan trek mendaki. Di sebelah kiri trek permulaan mendaki Bukit Engku Busu ada sebuah kuil Hindu. Senang jer kan?!…. 😀

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-petaPapan arah ke Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu selepas simpang masuk Lumut Valley Resort Condominium.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimBalai Polis Lumut yang berada di hadapan simpang tiga.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimIkut jalan ini ke Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu selepas belok kiri di simpang tiga.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimAda kuil disebelah trek mendaki.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimSejarah Bukit Engku Busu.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimPermulaan trek mendaki.

Jarak daripada bawah ke puncak Bukit Engku Busu lebih kurang 1 kilometer dengan keadaan trek yang curam dan dipenuhi dengan akar-akar pokok yang besar. Laluan trek memang agak redup kerana dilindungi dengan pokok dan rasanya sesuai didaki walaupun dalam keadaan matahari terpacak di atas kepala. Para pendaki akan melalui 7 checkpoint (CP1 – CP7) sebelum jumpa checkpoint terakhir di puncak (CP8). Rasanya, dari CP1 hinggalah ke CP5 akan ada pecahan kepada dua arah (kiri dan kanan). Kedua-duanya trek ini akan bertembung dan akan membawa pendaki ke puncak tetapi aku nasihatkan supaya ikut trek kanan. Aku dan wife cuba ikut trek kiri tapi kebanyakkan laluannya dah tertutup dengan dahan patah.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimAda 8 checkpoint hingga ke puncak.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimBoleh ikut trek kiri atau kanan.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimJenuh jugak wife aku panjat..hahahaha.. 😀

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimPosing kejap…hihihihihi.. 🙂

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimTebing tu jer dah setinggi wife aku…hahahahaha….

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimAda tali disediakan di laluan-laluan yang curam.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimTuuuuuudiaaaa!!!!!… mengancam treknya.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimJom main tarik tali…

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimSepanjang trek dipenuhi dengan akar-akar pokok.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimTrek sebelah kiri senang tapi nak panjat batu ni jugak.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimAkar pokok tu boleh buat tempat duduk….hihihihih… 😀

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimAbseiling turun…hahahahahaha…. 😀

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimIni rasanya sebahagian trek di sebelah kiri.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim2 batu besar di pertengahan trek.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim-29Lama berhenti bergambar di sini.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim-28Mencari ketenangan diri…hihihihihihi.. 😀

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim-27Pun mencari ketenangan jugak…hahahahahaha…. 🙂

Ada satu trek ke kanan menuju ke viewpoint lebih kurang 100-150 meter sebelum sampai ke puncak. Jangan lupa singgah di sini untuk berehat sambil menikmati permandangan Pengkalan TLDM, Sungai Manjung dan juga Pulau Pangkor daripada viewpoint Bukit Engku Busu. Di puncak Bukit Engku Busu ada disediakan tempat berehat dan juga terdapat satu menara pemancar. Permandangan daripada puncak memang agak terhad disebabkan dikelilingi dan ditutupi oleh pokok-pokok tinggi.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimPermandangan daripada viewpoint.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalim-15Jom selfie dulu sebelum turun…..

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimRehat dulu.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimSebelah kiri tu adalah Pulau Pangkor.

trek-merentas-hutan-bukit-engku-busu-lumut-perak-hiking-di-lumut-lokasi-mendaki-di-lumut-eshamzhalimPuncak Bukit Engku Busu.

Walaupun ketinggian Bukit Engku Busu hanya 331.4 meter tetapi masih mampu memberi cabaran dan juga boleh menguji kekuatan stamina. Aku dan wife mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit untuk ke puncak tetapi kerap kali juga kami berhenti untuk bergambar serta lama juga berhenti berehat di viewpoint….hihihihihihihi… 😀 Perjalanan naik atau turun rasanya boleh dilakukan dalam masa 45-60 minit sekiranya tidak berhenti.

Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu sememangnya boleh dijadikan lokasi untuk latihan stamina dan juga bagi aktiviti beriadah bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Bagi sesiapa yang bermalam di bandar lumut, jangan lupa luangkan masa untuk mendaki Bukit Engku Busu serta jadikan ia sebagai tempat untuk beriadah.

16 comments to Trek Merentas Hutan Bukit Engku Busu, Lumut, Perak

  • ringantangan  says:

    Uih, hebat, tengok gambar-gambar pendakian tu pun, dah rasa penat. Hehe.. 😀

    • eshamz halim  says:

      Hahahahahahaha…… takkan tgk gambar jer dah penat…hihihihihi… terima kasih sbb sudi singgah… 😀

  • cheqeem  says:

    view tldm tu best…..!! nx time kalau balik kg nak dtg sini lagi..

    • eshamz halim  says:

      Mesti laaa…leh jadi aktiviti tetap kalau balik kampung…hihihihihihihi…. 😀

  • khairuddinlim  says:

    mesti pergi ni…..best juga view lautnya

    • eshamz halim  says:

      Singgah jangan tak singgah….hihihihihi… 😀

  • Abdullah Zubair  says:

    nk singgah jugak lah..
    mencabar ni..
    takut x smpai puncak nnt..
    pewaiii

    • eshamz halim  says:

      Jangan nak menipu bro…pewaiii konon…hahahahahaha… 😀

  • Nadira  says:

    Terima kasih atas entri yang berguna. Saya dan suami bercadang untuk memanjat bukit ini minggu depan. Kali terakhir naik pada tahun 2002. Lepas spm. Sekarang anak 2 baru lah rasa nak naik semula dengan suami lah pulak kan. Gitu..

    • eshamz halim  says:

      Sama-sama….lama dah tu drpd 2002…seronok kalau buat aktiviti camni bersama keluarga kan?…hihihihihi.. 😀

  • Muhammad Aidil Adham  says:

    Kalau budak2(umur 15 thn) nk pergi ngan kwn2 recommended ke?

    • eshamz halim  says:

      Boleh jer takde masalah….treknya senang dan pendek jer…ramai jugak budak2 naik bukit tu dgn kawan2.. 😀

  • Israk  says:

    Good info… Kene try naik ni

    • eshamz halim  says:

      Yup… kena naik..leh lepak sambil layan view… 😀

      • Sazali Jamali  says:

        Ada lagi satu trek nak naik Ungku Busu ni… naik dekat area Pundut .. SJKC Pundut kalau tak silap …. lagi mencabar trek kat situ .. tu pasal jarang org naik dari situ … last saya naik tahun 1992 … kikikki mase tu ting 2.

        • eshamz halim  says:

          Wow!!!… ada lg ker trek tu… nanti bila balik kampung leh ushar2 trek lagi satu tuu… 😀

Isikan Komen Anda Disini