Trip to Krabi Thailand – Day 2

Sibuk sikit dgn urusan harian so lambat ler sket update….ekekekeke… jom baca sambungannya.

Hari kedua di Krabi, pukul 6 pagi kitaorg dah bangun bersiap untuk gi bekfes sebelum ke 4 islands trip. Aku ngan wife malas nak bekfes di hotel sbb rasa was-was la pulak…ekekekeke…aku start kereta dan terus gi amik hafeesyam dulu untuk gi bekfes, cari ler kedai org tempatan kat situ, nak try masakan tempatan kan!…jumpa 1 kedai ni jual nasi kerabu ngan roti canai. Roti canai mmg ranggup giler pastu dgn kuah kari warna hijau…mmg sedap..nasi kerabu pun sedap jugak. Kalau korang gi Krabi, jangan lupa mencuba makanan tempatan di sana. Lagi satu, kat sana mmg banyak 7 Eleven, kat mana-mana boleh jumpa 7E… klu nak cari apa-apa, semua suruh kitaorg pergi 7E.

local-food-krabi

Pic dari Instagram cheq eem

Selepas bekfes, kitaorg balik hotel dan tunggu drg pickup kitaorg di hotel untuk ke 4 islands trip. Drypack pon sudah ready untuk mengharungi lautan luas…ekekekeke.

drypack-krabi

Dr kiri : eshamz halim (Biru), hafeesyam (Kuning) & cheq eem (Merah) = TV3 | Pic dari Instagram hafeesyam

Kat Krabi ni, klu kita amik package2 tour, drg akan datang jemput kita di hotel..cuma bgtau jer hotel mana pastu biler dah selesai nanti drg hantar kita balik hotel, kira harga package tu siap dengan transportation laa.

krabi-2nd-01

krabi-2nd-02

krabi-2nd-04

krabi-2nd-03

Kitaorg berkumpul di tepi pantai Ao-nang sementara tunggu bot ready, biler penumpang semua dah ada bermulalah perjalanan kitaorg meredah lautan luas menaiki Long-Tail Boat (Bot Ekor Panjang)…ekekeke..destinasi pertama adalah Phra Nang Cave Bay. Persisiran pantainya sungguh cantik dgn air yg jernih, boleh nampak ikan-ikan berenang dan kat sini pulak byk gua-gua, siap ada omputih buat aktiviti cave climbing lagi. Hah!!..cukuplah bercerita, jom kita tgk gambar pulak.

phra-nang

phra-nang

phra-nang

phra-nang

phra-nang

phra-nang

phra-nang-12

phra-nang

phra-nang

phra-nang

phra-nang

phra-nang

Selepas Phra Nang Cave Bay, destinasi seterusnya ialah Tup Island…. cantiknya permandangan dan air lautnya yg jernih, kelihatan ikan berenang-renang dicelah2 kaki sehingga membuatkan mulut aku ternganga & mataku terbeliak seketika…ahahahaha.. tp yg best nyer Tup Island ni terdiri drpd 2 pulau kecik pastu kalau air surut kita boleh berjalan kaki di tgh2 lautan diantara 2 pulau tu. Kitaorg stop lama sket sbb lunch kat sini, lepas lunch apalagi kitaorg pun berjalan kaki ditgh2 lautan yg luas terus ke pulau yg satu lagi. Dah rasa mcm cite cina kungfu, hikmat berjalan atas air…ahahahaha.. MEMANG BEST!!!!!…. Jom tgk gambar pulak….

tup-island

tup-island

tup-island

tup-island

tup-island

tup-island

tup-island

tup-island

tup-island

Destinasi ketiga lak, kitaorg naik ke long-tail boat semula untuk ke Chicken Island tp tak singgah pun cuma berhenti di tgh laut untuk amik gambar jer. Aku takde la amik gambar Chicken Island tp aku letak 1 gambar kat sini yg aku cari kat internet cuma nak bagi korang tgk jer camner rupanya Chicken Island tu.

chicken-island-krabi

Rupa mcm ayam belanda kot?.. stop kat sini 5 minit pastu terus ke destinasi akhir iaitu Poda Island. Poda Island pun cantik jugak, kat sini lama sket kitaorg stop sbb ni stop yg akhir. Besar jugak pulau ni pastu permandangan pun cantik jugak, kitaorg round2 kat pulau sambil amik gambar. Lepas puas amik gambar, pi pekena eskem magnum lak….ekekekeke..ada kedai jual air dan eskem tuuu. Sambil nak menunggu naik bot , kitaorg gi mandi air laut Andaman (Andaman Sea) dulu kat tepi pantai, puas gak mandi air laut tp byk jugak jelly fish, sib baik semua yg kecik2 jer..kalau mak bapak jelly fish mesti dah berbirat dah badan aku….ahahahahahaha… ok2..jom tgk gambar lagik….

poda-island

poda-island

poda-island

poda-island

poda-island

poda-island

poda-island

Akhirnya kita semua naik bot semula dan menuju balik ke Ao-nang, rasa cam malas jer nak balik hotel… rasa cam nak lepak2 jer main air laut kat pulau2 tu lagi. Tapi takpe sbb esok kitaorg nak gi Phi Phi Island Trip….. x sabar oooooo…….sampai jer kat Ao-nang, kitaorg ckp kat mamat tour guide tu kitaorg nak balik hotel sendiri, nak naik teksi motor roda 3…ekekeke…tp sebelum tu jom pekena banana pancake dulu yg femes di Thailand.

krabi

krabi

krabi

krabi

Perasaan kitaorg naik teksi motor roda 3…mmg cukup mencabar dan menyeramkan….ahahahahahaha..

Sampai hotel jer, wife terus balik bilik pastu Hafeesyam bwk balik kereta sewa ke hotel dier…nanti dia pick-up kitaorg utk keluar ke Ao-nang lagi. Aku terus swimming dulu kat swimming pool hotel, kasi bilas air masin tuu sebelum balik ke bilik…ekekekekeke…

Malam tu kitaorg round2 Pantai Ao- nang lagi dan terus ke gi urut kaki, lenguh ooo kaki…ekekekeke..byk giler tempat urut kat Ao-nang ni..bersepah..harga pun ok ler jugak…kena pandai pilih jer. Lepas urut perut pun semakin bernyanyi dgn not yg tinggi dan kitaorg terus menuju ke kedai Tomyam lagi tp tomyamnya tak sesedap mcm kat Lacasa tu ari. Biler perut kenyang, mata pun akan kuyu dan tiba masanya untuk balik ke hotel dan tido kerana esok masih ada lg 1 trip ke Phi Phi Island.

Tapi sebelum tu, ada lg cerita pendek untuk dijadikan pengajaran untuk kitaorg dan pada mereka yang ingin ke Krabi atau ke luar negara…ekekekeke.. kitaorg sebenarnya duit dah abis masa kat sana so kat sana byk bank dan salah satu nyer CIMB Bank, kitaorg masing2 cuba utk keluarkan duit tp semua reject yer sbb kad ATM kitaorg Malaysia mari. Akhirnya Hafeesyam terpaksa kol CIMB Malaysia (sbb hp dier jer yg leh wat kol…ekekeke) dan minta aktifkan kad ATM dia untuk kegunaan Oversea. Nasib baik la boleh dan berjaya keluarkan duit, kalau tidak terpaksa kitaorg letak tempurung kelapa sambil menyanyi untuk cari duit…ahahahahahaha.

Pengajarannya disini, jika korang nak ke luar negara, pasti korang maklumkan kepada pihak bank supaya korang dapat keluarkan duit atau untuk menggunakan kad kredit di luar negara. Aku hanya maklumkan kad kredit aku jer tp rupanya kad ATM pun kena dimaklumkan jugak yer…..ekekekeke.. 1 pengajaran dan pengalaman untuk kitaorg.

So nanti aku sambungkan cerita untuk hari ketiga dan Phi Phi Island….tungguuuuuuuuu yer……

kob kun cup……

p.s: Gambar semua terpaksa gunakan kualiti yg rendah yer untuk  menpercepatkan page loading, nanti korang tunggu lama lak. Gambar mmg byk tp aku x dpt nak masukkan semua…ekekekeke.

2 comments to Trip to Krabi Thailand – Day 2

  • along  says:

    assalamualaikum tuan..

    nk tanya yg kedai tuan breakfast tu kat ao nang area mana ya? ada apa-apa landmark sirtu? dah byk kali pegi krabi tp tak jmpa kedai yg ada ns kerabu n roti canai tu… huhu

    • eshamz halim  says:

      waalaikumsalam,

      Kedai nasi kerabu ngan roti canai tu dekat dekat area masjid… sebelum sampai tang korner masjid… kedai kat tepi jalan jer… on the way nak gi aonang… 😀

Isikan Komen Anda Disini