White Brick Oven : Artisan Bakery and Cafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Siapa sangka seorang warga British akan jatuh hati dengan seorang wanita melayu dan menetap di Malaysia. Nama White Brick Oven Artisan Bakery adalah sinonim dengan pasangan suami isteri Mardia dan Mustafa. Pasangan suami isteri ini merupakan pengusaha perniagaan bakeri (Homemade Bread & Pastry) sejak dulu lagi, tetapi kini telah bersara dan hanya mengedarkan roti dan pastri untuk 2 kedai sahaja di Bangsar dan Ikano serta membuka kedai bakeri di rumah.

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaAku dan wife bergambar dengan Mardia dan Mustafa di kedai bakeri a.k.a rumah dorang….hihihihi..

Apa yang uniknya White Brick Oven Artisan Bakery ni, uncle Mustafa atau nama britishnya Martin memproses dan mengisar sendiri tepung secara tradisonal di rumah bagi kegunaan membuat roti dan pastri untuk menjaga kualiti dan juga mengekalkan nutrisi yang terkandung dalam tepung. Menurut info blog beliau, nutrisi tepung tu sangat penting dalam menjaga kesihatan badan, patut la uncle Mustafa ni masih kelihatan sihat dan bertenaga walaupun umur dia dalam lingkungan 60-70 tahun.

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaIni ler mesin yang digunakan oleh uncle Mustafa untuk memproses dan mengisar tepung bagi kegunaan bakeri beliau..

Ahad lepas aku dan wife gi rumah uncle Mustafa untuk minum petang sebab wife kata nak makan scone dan coffee. Wife aku dah pernah datang sini dengan bosnya tapi aku baru kali pertama, wife aku selalu cakap nak bawak aku datang sini tapi selepas 2-3 tahun baru ler aku sampai sini….ahahahahahaha… 😀 Kalau korang nak datang minum petang atau ingin beli beraneka pastri kat sini, sila ambil maklum yer sebab kedai bakeri uncle Mustafa ni hanya dibuka pada hari AHAD SAHAJA daripada pukul 3 hingga 6 petang. Seboleh-bolehnya kena telefon dahulu untuk inform korang nak datang sebab ruang kedai bakeri tak boleh menampung jumlah pelanggan yang ramai yer. Nanti aku bagi semua info yang korang perlu tahu di akhir entri ni nanti. 😀

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaInilah rumah a.k.a kedai bakeri pasangan suami isteri Mardia dan Mustafa

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaBerkonsepkan layan diri dan aku rasa seperti minum petang di rumah sendiri jer…. memang best!!..

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaRuangan untuk pelanggan menikmati minum petang…memang sempoi dan santai jer…

Walaupun ini kali pertama aku jumpa dengan aunty Mardia dan uncle Mustafa tapi dorang berdua memang cepat mesra dan suka layan kitaorg berborak. Apa yang kitaorg tanya mesti dorang sudi jawab dan memberi info yang diperlukan. Untuk minum petang kali ni wife pilih Scone dan Cappucino dan aku pulak mencuba Chocolate Bread dan Chocolate Drink….hmmmmm… memang sedap yer… homemade bread and pastry. Korang wajib cuba yerrr…. 😀

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaScone dan Chocolate Bread…

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaCappucino…

Uncle Mustafa menggunakan Oven yang diperbuat daripada batu bata yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar untuk membakar roti dan pastri. Dari situlah dapatnya nama White Brick Oven Artisan Bakery disebabkan batu bata oven tu dicatkan dengan warna putih tapi sekarang uncle Mustafa hanya menggunakan oven dapur gas disebabkan tempahan yang banyak. Memang unik dan tradisional cara uncle Mustafa menghasilkan roti dan pastri beliau, kitaorg rasa seperti menikmati Hi-Tea di United Kingdom….ahahahahahaha…. 😀

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaOven diperbuat daripada batu bata dan dicatkan dengan warna putih… White Brick Oven

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaHomemade bread & pastry…… self service ok!…hihihihihi.. cepat pilih sebelum kehabisan.. 😀

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaHealthy bread and pastry….

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaDrink of the day….

Ok!…Ok!… korang mesti tertanya-tanya “Kat mana tempatnya ni?..” . White Brick Oven Artisan Bakery ni terletak di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, Selangor. Bagi korang yang tinggal di Sungai Buloh tapi tak pernah datang menikmati minum petang kat sini, memang rugi lah yer… Aku dan wife pun sanggup datang daripada Shah Alam yer….. hihihihihi. Alamat dan detailnya kat bawah ni haaaaa… tapi pastikan korang datang hari Ahad dan telefon dulu yer….

White Brick Oven
Artisan Bakery and Cafe
1675a-1 Jalan Gajah 14
(look for TNB pole 96)

Tel : 018-3503068
Blog : http://whitebrickoven.com
FB : White Brick Oven Dot Com
GPS cordinate : 3.198 / 101.522

Nak cari rumah uncle Mustafa ni memang susah dan keliru yer bagi yang tak biasa dengan jalan di Kampung Kubu Gajah, kitaorg pun sesat ler sekejap walaupun wife dah pernah datang. Aku dah letakkan sekali GPS kat atas ni so pandai-pandai ler korang cari yer. Walau apa pun korang cari jer Jalan Gajah 14 di Kg Kubu Gajah pastu cari tiang TNB nombor 96.

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaKena masuk ke dalam sket untuk ke rumahnya… dari luar memang susah nak perasan..

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaNo rumahnya 1675A-1

white-brick-oven-artisan-bakery-kg-kubu-gajah-mardia-mustafa-cafe-food-review-hiteaTiang TNB nombor 96 ni betul-betul di lorong nak masuk ke rumah uncle Mustafa

Jangan lupa singgah White Brick Oven Artisan Bakery & Cafe tau dan selamat menjamu selera yer….. 😀

7 comments to White Brick Oven : Artisan Bakery and Cafe

  • D_08  says:

    wowww… terbbbaaaiikkkkk…..
    tambah2 plak lokasinya kat rumah tokehnya…
    memang makan pun macam dalam rumah sendiri jeee….
    nak kena cari bila awok ke area Sg Buloh ni….

    • D_08  says:

      tepung pun buat sendiri… perghhhhh

      • eshamz halim  says:

        mmg sedap yeop pastri dan rotinya… sebab uncle mustafa buat sendiri…. tepung pun proses sendiri tau… kena singgah ni yeop tapi hari ahad jer tau.. dr kul 3-6 petang…. bleh borak2 ngan uncle mustafa cakap omputih…ekekekeke..pastu terasa cam kat UK…. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wahh menarik ni bro Sham.. aku mmg suka homemade ni.. low profile & sure sedap.. terbaik. Thanks sharing.. 🙂 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terbaik ni bro khir…kena cuba ni bro.. ari tu disebabkan kedai Man Bugis tutup, terus kitaorg gi sini untuk minum petang…. tak jauh dari kedai Man Bugis tuuu…ekekekeke…tp kena ikut jalan kampung ler… tu yg sesat tuu..ekekekeke… 😀

  • Muhammad Andrew Bucksey  says:

    Scones here are delicious! Not like the dry stuff we get in the UK. Mustafa made us feel very welcome and his enthusiasm for making bread was very evident. We really enjoyed our Sunday morning breakfast here. Highly recommended! MACB

    • eshamz halim  says:

      Thanks for the comment… 😀

Isikan Komen Anda Disini