Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

Salam,

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf kat geng-geng blogger sebab tak dapat nak blog walking kat blog korang. Aku ngan wife gi travel ke Langkawi dan Perlis last week pastu balik jer banyak lak aktiviti lain. Memang tak sempat nak check blog. Entri ni pun baru nak siapkan…hihihihihi 😀 . Jom baca entri ni.

WWR ataupon White Water Rafting merupakan salah satu sukan air yang ekstrem. Memang memerlukan skill dan kekuatan tangan bagi mendayung paddle supaya dapat mengendalikan bot mengharungi arus yang deras untuk melepasi jeram-jeram dan mengelakkan daripada bot terbalik.

white-water-rafting-shamphotography-05Gambar ni  dari fb Organiser… aku yang baju kuning kat depan tu pastu wife lak kat sebelah kanan belakang (helmet merah).

4 Januari hari tu, aku ngan wife join aktiviti White Water Rafting dengan geng-geng wife tapi geng wife aku ada 2 orang jer pun dan yang lain-lain tu kitaorg tak kenal. Mula-mula sepatutnya lokasi di Gopeng tapi last minit tukar ke Slim River. Aku OK jer sebab dah excited tapi perasaan takut tu lagi banyak daripada excited sebenarnya. Al-maklum la kitaorg berdua 1st time join aktiviti ni.

Pukul 6.30 pagi kitaorg dah keluar dari rumah menuju ke tempat berkumpul di RnR Sungai Buloh. Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul, dalam kul 7 lebih baru dorang muncul pastu dorang nak breakfast dulu sementara tunggu geng-geng yang lain sampai. Inform dorang kitaorg gerak dulu sebab kereta aku slow jer kan pastu aku tengok kereta dorang semua laju-laju….hihihihihihihi.. 😀 so bagi ler kereta aku handicap dulu…ahahahaha.. Aku terus drive menyusuri highway Utara-Selatan sambil melantik wife sebagai map navigator sebab map dalam handphone dia. Akhirnya sampai ler kitaorg ke Pekan Kg Slim dan melepak ler kejap sambil menunggu geng-geng lain sampai.

Sementara tunggu geng sampai aku sempat berborak dengan organiser aktiviti ni. Biasa la kan disebabkan ni kali pertama aku join so bertalu-talu ler soalan yang keluar dari mulut. Brader tu rilek jer jawab soalan aku semua. Antara soalan nyer “White Water Rafting ni ada bape level bang?”… dengan tenangnya brader tu jawab “ Ada 5 level dan level yang paling hardcore level 5!.” .. aku pun tanya lagi “ Abih kat sini level bape bang? “… brader tu jawap “ Sini level 3 tapi kalau hujan atau air naik terus jadi level 4! “ dan aku pun secara automatik terus “ Erkkkkk!!!!!… ”. Brader tu tengok muka aku pon lain macam jer, terus dia cakap “ OK jer kat sini, ramai gak yang 1st time hari ni!.. budak 12 tahun pun boleh buat”… aku pun cakap “OK!” .

Biler semua geng-geng dah sampai, terus kitaorg drive lagi ke tempat organiser yang mengambil masa 30 minit gak. Sampai jer kat sana, semua kena isi release form pastu bersiap apa yang patut. Amik life jacket dan helmet terus naik 4×4 lagi ke tempat starting point rafting, naik 4×4 pun lebih kurang 20-30 minit gak masuk ke dalam lagi.

white-water-rafting-shamphotography-01Sumber gambar dari Organiser, bergambar sebelum naik 4×4 …

Jom layan video pulak kitaorg naik 4×4 ke starting point…..

Akhirnya sampai ke starting point White Water Rafting, sebelum tu kitaorg diajar teknik-teknik untuk kendalikan bot, cara untuk mengimbangi bot, teknik untuk mendayung paddle, isyarat yang perlu kita ikut semasa di dalam bot dan juga bagaimana untuk bertindak sekiranya kita jatuh dari bot.  Organiser juga mengajar bagaimana untuk menyelamatkan geng sekiranya ada geng yang terjatuh daripada bot serta apa yang perlu kita buat sekiranya kita sendiri yang terjatuh dari bot. Yang paling penting sekali ialah kita mesti JANGAN PANIK!!!.  Jom layan gambar-gambar daripada Organiser semasa sesi briefing  ni…

white-water-rafting-shamphotography-01Khusyuknyer deme ni…

white-water-rafting-shamphotography-01Let’s rafting…..

white-water-rafting-shamphotography-01Serius tak aku?.. wajib dengar briefing ni sebelum mula rafting… GoPro aku selitkan kat life jacket sbb mounting kat helmet takde…

Ok!…semua dah ready!.. jom naik bot semua… masa ni jantung semua berdegup dengan kencang… ahahahahaha.. belum apa-apa lagi dah adrenaline rush!!.. 😀

white-water-rafting-shamphotographySedang tunggu giliran untuk naik bot…

white-water-rafting-shamphotographyPaddle Up!!!… dapatkan semangat sebelum mula rafting…gambar aku nampak tangan jer laaa…

Aktiviti kali ni aku kurang snap gambar sebab aku banyak rekod video jer guna GoPro, asyik kelam kabut nak kontrol bot kan mana sempat nak snap gambar…ahahahahahaha..takpe-takpe, jom layan gambar sambil berulamkan video yer…. 😀

white-water-rafting-shamphotographyTeam aku ni…. aku sorang jer lelaki (guide 2 orang takyah kira la kan)..hihihihi..

white-water-rafting-shamphotographyRehat jap sementara tunggu bot lain….

white-water-rafting-shamphotographyGroup photo…

white-water-rafting-shamphotographyWife tengah body rafting…. jom layan video kat bawah ni kalau nak tau macam mana best nyer….hihihihi.. 😀

white-water-rafting-shamphotographyWat peace dulu…

white-water-rafting-shamphotography-01Bukan tengah tengok jam yer tapi tengah setting GoPro…

Kitaorg menyusuri Sungai Slim ni sejauh 7-8 kilometer gak dan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke finish point. Di separuh jalan, kitaorg semua berhenti berehat jap sambil menikmati snek dan air mineral untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang…hihihihihi. Lapar jugak perut tau walaupun duduk mendayung dalam bot jer. Sebenarnya dalam bot kita kena banyak bergerak ke tepi kiri dan kanan serta depan dan belakang untuk mengimbangi bot, itu yang letih tu pastu kadang-kadang nak berdiri pun susah sebab licin. Aku pun banyak kali tergolek dalam bot. Kat sini jeram yang paling mencabar namanya Jeram Kotak (Box Rapid), banyak jugak bot yang terbalik bila turun kat jeram kotak ni tapi bot kitaorg steady jer…. Tak terbalik ok!!…. 😀 .. hihihihihi.

Paling best sekali, kitaorg sajer jer bagi bot terbalik pastu terus ikut arus sungai jer tanpa naik atas bot. Sakit jugak bontot aku sebab asik langgar batu jer. Ada tempat yang cetek dan ada tempat yang dalam so memang tak boleh agak kedalaman Sungai Slim ni. Arus memang kuat sebab aku cuba berenang ke tepi memang tak bergerak so kena berpaut jer kat mana-mana yang boleh dicapai oleh tangan dan biasanya guide akan sentiasa standby di tepi sungai dan hulur tangan. Yang paling penting sekali “ DON’T PANIC ”.

Akhirnya sampai jugak kitaorg semua ke finish point dan terpancarlah kelegaan pada muka dorang semua. Sebenarnya sedih gak sebab dah abis dan kalau diberi peluang untuk repeat balik, kitaorg semua ON jer. Memang seronok yer tapi “JANGAN SESEKALI ABAIKAN KESELAMATAN”. Jom tengok full video dari GoPro aku.

Dah abis main air semua naik 4×4 lagi untuk balik ke tempat Organiser sebab nak salin pakaian dan makan tengahari yang telah disediakan oleh Organiser. Biasanya pakej akan disertakan dengan makan tengahari sekali. Lepak jap ngan geng-geng semua sambil bergambar pastu masing-masing gerak balik, aku ngan wife terus balik kampung kat Hutan Melintang. Memang letih yer tapi seronok, next kitaorg nak try kat Gopeng atau KKB lak kot.

Fussss…. Siap jugak entri ni. Pasni nak wat entri trip ke Langkawi ngan Perlis lak minggu lepas nyer… banyak nak edit gambar ngan video ooooo tapi khas untuk pembaca blog ni akan aku buat jugak. Apa ada hal!!…ekekekekeke… 😀 … tunggu tau next entri nanti sebab misi kali ni kitaorg gi menjejaki lokasi Air-Air Terjun di Langkawi.

10 comments to Moh Ke Perak: White Water Rafting Di Slim River #VMY2014

  • Sheila Salim  says:

    Assalamualaikum. huwaaa best gila. jeles okeyy. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ^__^

    • eshamz halim  says:

      Waalaikumsalam, ahahahahahaha…. best ooooooo…. gedebush..gedebush bunyi air nyer… hihihihihihi… mmg wajib cuba.. 😀

  • Khir Khalid  says:

    Wow.. bestnya.. mmg menyeronokkan.. klu mcm ni layan stay lama2 pun syok.. hilang tension2 duduk di hutan batu hehee.. Tahniah.. serious best.. 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih saudara Khir, mmg best…klu boleh repeat balik ari tu mmg dah repeat dah…hihihihihihi…ni salah satu pilihan untuk release tension.. 😀 ..

  • sobri  says:

    salam bro.. wow awesome… betul video yg dibuat..rasa mcm saya plak yg wat aktiviti ni..
    serius u master dlm bab buat video.. ada 5 lavel.. yg lavel 3 pun dah nampak adventure!! perh mesti best klau dpt buat aktiviti ni..
    suka entry mcm ni..menarik 🙂

    • eshamz halim  says:

      Terima kasih bro… video ni biasa-biasa jer..edit simple2 jer…hihihihi.. 🙂 wajib buat aktiviti ni bro walaupun sekali jer seumur idup..ekekekeke..next kitaorg nak cuba WWR kat gopeng ngan kuala kubu baru lak..kat KKB drg ckp lg ekstrem… 😀

  • cik mun  says:

    wahhhhh..nak try jgaklaaa

    • eshamz halim  says:

      ekekekekekeke…. cik mun mmg harus try tau…syiokkkkk oooooooo……. 😀

  • nurul j  says:

    boleh tahu berapa fees untuk aktiviti ni ya?

    • eshamz halim  says:

      Harga bergantung kepada operator white water rafting… 😀

Isikan Komen Anda Disini