Zombie Run Malaysia 2014

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Badan masih terasa letih dan sengal-sengal lagi sebab berlumba lari dengan Zombie ahad lepas. Kalau korang masih ingat lagi entri “Apa? Ada Zombie Di Malaysia” yang aku tulis lebih kurang 2 minggu lepas, mesti korang tertanya-tanya manakah sambungannya kan?. Fusssss!!… ada banyak lagi entri yang masih dalam status “draft” tapi nampaknya aku siapkan pasal Zombie ni dulu lah.

Zombie Run Malaysia pada tahun ini telah diadakan seiringan dengan Karnival Belia di Precinct 4, Putrajaya. Aku dan wife seawal pukul 2 petang dah menuju ke Putrajaya sebab memang tahu mesti jalan jem. Memang sesak giler nak menuju ke Karnival Belia tu, pastu dengan Waze yang tak berapa nak betul… asyik berpusing-pusing jer kitaorg…hihihihi.. 😀 . Kitaorg terpaksa parking kereta di Precinct 18 pastu kena jalan kaki lebih kurang 2 km untuk ke lokasi Zombie Run ni. Belum kena lari dari zombie lagi, kitaorg dah letih…ahahahahaha.. dengan cuaca yang panas terik terpaksa jugak jalan perlahan-lahan.

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaKitaorg memang berpakat untuk pakai baju SBB 2014, sajer jer nak promosi sebagai seorang blogger…..hihihihihi.. 😀

Sampai di Karnival Belia terus singgah makan dulu pastu baru gi ke lokasi Zombie Run untuk berkumpul dengan team kitaorg Zakiah dan Alice. Selepas selesai proses pendaftaran, kitaorg semua diberi bib dan health strap (flag) dan pastu ada briefing daripada organizer sebelum acara dimulakan.

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaGroupfie dengan team aku dulu…… kitaorg semua dah siap sedia pakai bib biru dan health strap lekat (flag warna merah) di belakang.

Mesti korang tertanya-tanya kan…. Apa yang perlu kitaorg buat?….. Objektifnya senang jer kitaorg perlu berlari sejauh 800 meter ke garisan penamat melalui halangan yang disediakan disamping kena menggelak zombie-zombie kat situ daripada mengambil health strap kitaorg. Maknanya korang perlu survive hingga ke garisan penamat dengan health strap masih lagi melekat dibelakang dan kalau zombie tu berjaya mengambil health strap maknanya korang dah mati dan bertukar menjadi zombie…..hihihihihihihi… 😀 Setiap team ada 1 ketua dan setiap ahli kumpualan ada 1 health strap kecuali ketua team dapat 2 health strap…maklum ler ketua mestilah kebal sikit kan…ekekekeke. Dengar macam senang kan?..tapi serius susah dan semput weiiiii!!!…. kena konsisten berlari pecut sampai garisan penamat. Geram jugak kat zombie-zombie tu sebab kejar kitaorg dah macam polis kejar pencuri, bukan zombie ni sepatutnya kena slow dan lembap jer ker?….

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaSebahagian daripada laluan yang kitaorg perlu berlari…

Team kitaorg sangat bertuah yer sebab team pertama yang kena mula berlari…siot jer…ahahahaha… mungkin sebab team aku banyak sangat tanya soalan kot?. Apa lagi!..berlari la kitaorg macam lipas kudung sebab nak mengelakkan zombie mengambil health strap masing-masing. Wife aku 3 kali jatuh sampai luka dan lebam kedua-dua lutut pastu siap nak pitam lagi…hihihihihi… setengah jam jugak lah wife aku terbaring nak hilangkan pitamnya, sampai terpaksa panggil doktor datang periksa….ekekekekeke… 😀

Tapi sayangnya team aku tewas dan semua telah ditukarkan menjadi zomba….eh! silap.. jadi zombie… semput siot sebab kena berlari tanpa henti…fussss…. tidak dinasihatkan kalau korang ada penyakit asma ataupun sakit jantung…amat bahaya ok!..

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajaya

Komen aku mengenai Zombie Run Malaysia 2014 ni :

Ini merupakan pengalaman pertama aku dan wife menyertai Zombie Run dan aku rasa ini bukanlah pertandingan yang memerlukan strategi tetapi memerlukan stamina dan tenaga yang kuat untuk berlari dan mengelakkan diri daripada zombie untuk menuju ke garisan penamat. Strategi tidak akan membantu anda untuk survive ok!…. zombie pun kejar kitaorg macam pelari pecut 100 meter. Aku langsung tak sempat nak berehat sebab tiba-tiba jer zombie dah berlari ke arah aku!!… berlari ok!!.. 1 perkara lagi, tiada zon selamat (no safety zone) untuk peserta berehat sebelum berlari kembali. Ini agak bahaya jugak yer bagi peserta yang tidak mempunyai stamina yang kuat sebab tu aku rasa pertandingan ini lebih kepada Endurance Game dan bukannya Strategy Game. Kawasan yang terbuka juga menyebabkan peserta susah nak menyorok ataupun mencari kawasan selamat untuk berehat, mungkin kerana masalah tiada tempat yang sesuai di Precinct 4. Di stage 4, peserta perlu melalui khemah yang dipenuhi dengan zombie… aku rasa kalau berlari secara solo memang susah nak selamat kecuali berlari secara berkumpulan jer. Banyak sangat photographer pun menjadi masalah jugak sebenarnya sebab aku keliru dorang dengan zombie….ahahahahaha… sampai aku nampak photographer pun aku lari lintang pukang…hihihihihi.. 😀 .

Tapi walau apa pun, aku memang seronok dan enjoy Zombie Run Malaysia ni dan kitaorg akan join lagi untuk tahun depan…hihihihihi.. 😀

Jom tengok gambar lagi….

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaBergambar dengan geng-geng baru kitaorg….hihihihihi…

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaTeam kitaorg berjaya tangkap 1 zombie untuk bergambar…

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaOtak…Otak…Otak-Otak Kempas….hihihihi..

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaAcara lompat mesti ada ok!…

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaZombie semua bergambar dengan anak PM Dato’ Sri Najib Tun Razak

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaZomba pompuan…

zombie-run-malaysia-2014-karnival-belia-putrajayaSalah seorang zombie kampung pisang katanya…..

Sekarang jom tonton video kitaorg berlari menyelamatkan diri daripada zombie……. best oooo dan penuh suspen… klik jangan tak klik!.

Kalau korang nak tengok dalam Youtube pon boleh, klik jer kat link —> Zombie Run 2014

Tahniah juga kepada team yang berjaya survive daripada zombie-zombie dan ada hadiah sebenarnya untuk team yang menang, aku tak pasti apa hadiahnya tapi aku rasa tiket penerbangan untuk 4 orang (1 team), tak pasti lak ke mana?….hihihihihi…

Lepas selesai Zombie Run ni kitaorg ronda-ronda sekitar Karnival Belia pastu terus balik ke Shah Alam dengan badan yang letih dan kaki yang luka dan bengkak…ahahahahaha… kesian kat wife aku… 😀

16 comments to Zombie Run Malaysia 2014

  • Khir Khalid  says:

    Acara yg menarik.. trill juga klu kene kejar dgn zombie tu. Baik nak tangkap, kena kejar pulak hehee.. Nice sharing bro Sham.. 😀

    • eshamz halim  says:

      ahahahahahaha…… tu la bro..thrill giler…macam kena kejar dengan zombie betul…ekekeke.. 😀 .. acara yang memerlukan stamina dan endurance yg kuat..kalau tak leh pitam…ramai gak yg pitam masa tuuu…

  • arzmoha  says:

    menang tak bro eshamz. menakutkan tengok muka zombie hehe

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha… tak menang bro… semua dah bertukar menjadi zombie…ekekekeke… 😀

  • Strider  says:

    wahh…best giler event ini…zombie2 dia pun nampak real giler…bro, nanti kalau jumpa zombie baju biru tu kata aku kim salam eh…hahahaha

    Regards.
    -Strider-

    • eshamz halim  says:

      Memang best bro….. macam-macam zombie ada, chucky pun ada, ju-on pun ada, pirate pun ada…. awek baju biru ek?…ekekekeke… next year baru jumpa kot….ahahahahaha.. 😀

  • nanatron14  says:

    ok ni mmg kelaka…siap ko nmpk fotografer pun ko lari lintang pukang ! aahaha macam fun lah run ni. dulu rajin gak masuk run…ok la next time bleh try masuk hahaha….

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha…. tu la pasal…tengah kelam kabut tu… aku nampak photogapher pom cam zombie jer….. ok2…next year leh aaa nana join… lagi ramai geng lagi best ooooo….. 😀

  • sobri yaacob  says:

    ar..jeles ar nak baca..rasa mcm nak gam!!! je blog ni.. mlas nak msuk selalu jeles ar..tgok aktiviti org tu ha..ha.. seriusyg otak2 kempas memng nampak ngeri..so exotic!!!!!!

    • eshamz halim  says:

      ahahahahaha….. jgn ler nak gam2… blog ni telah lulus tapisan drpd FINAS….ahahahaha…. jgn ler malas2 nak masuk blog ni…blog ni best oooo… teruja biler membacanya…ekekekeke… kalau mlm mmg scary bro…. 😀

  • anuar  says:

    Seronok baca pengalaman bro dan isteri menyertai zombie Run. . Kreatif betul penganjur ni, sebab boleh terfikir nak buat event macam ni…

    • eshamz halim  says:

      TQ sbb sudi baca bro…hihihihihi… tu lah..menarik jugak event ni kan…hihihihihihi… 😀

  • Nadz  says:

    Saya pon ade join jgk! Sampai tergeliat urat lari lintang pukang!…hahaa… jemput singgah nadzirahata.blogspot.com

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha…. ada join gak eh!!… tu lah kan..sampai tergolek dog sbb lari lintang pukang…. ok2… nanti aku terjah blog sis…. 😀

  • secretlybitchin  says:

    Thanks for attending the event! I was the zombie with the gigi hitam 🙂

    • eshamz halim  says:

      ahahahaha…. thanks….it’s really a great event… we will definaely join again next year… 😀 but you have to stop chasing us….ahahahahahaha…

Isikan Komen Anda Disini