Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Dah lama rasanya aku tidak ditag oleh sesiapa pastu secara tiba-tiba terasa seperti nama aku diseru-seru di dalam blog Puan Nana Tron. Bagi sesiapa yang masih belum mengenali Puan Nana Tron kita ni, bolehlah terjah blog beliau.
Ermmm… 10 Random Facts About Me: When I am Travelling ataupun 10 fakta secara rambang mengenai diriku apabila aku mengembara. Travel atau mengembara ni sebenarnya memang telah menjadi satu aktiviti kesukaanku. Lebih-lebih lagi kalau ditaja untuk mengembara atau travel dengan wife tersayang… mestilah seronok…hihihihi. π
Gambar daripada instagram wife…. π
Demi menyahut cabaran Puan Nana Tron, jom aku senaraikan 10 Random Facts About Me: When Eshamz HalimΒ Travelling….
1. Suka tempat duduk di tepi bahagian sayap jika menaiki kapal terbang.
Sama seperti Puan Nana Tron, memang aku suka tempat duduk dibahagian sayap. Tak tahu kenapa?. Mungkin aku rasa seimbang kot sebab duduk di tengah-tengah kapal terbang.
2. Tidak suka lepak di Hotel.
Biasanya bila aku dan wife travel, hotel hanyalah tempat tidur dan mandi sahaja. Aku rasa macam buang masa jer habiskan masa di hotel. Kalau nak lepak kat hotel, aku rasa lebih baik duduk di rumah sendiri jer.
3. Tidur selewat yang boleh.
Kalau travel ke mana-mana, memang susah nak tidur lewat atau tidur ikut masa. Mata ni seperti tak mau tidur jer dan haruslah gunakan masa travel seboleh-bolehnya.
4. Suka mencari makanan penduduk tempatan.
Aku dan wife sentiasa mencari local food yang HALAL di tempat kitaorg travel dan tak suka sarapan atau makan tengahari di hotel. Biasanya, kalau tempah hotel mesti tak akan ambil pakej dengan makanan sebab nak murah. π
5. Backpack penuh dengan gadget kamera.
Biasanya gadget kamera akan aku siapkan dahulu sebelum packing pakaian. Backpack aku biasanya penuh dan berat dengan gadget kamera jer. Kalau muat lagi dengan laptop sekali aku bawak.
6. Susah nak tidur bila esok nak travel.
Malam sebelum nak travel tu mesti susah nak tidur sebab sibuk nak check backpack pastu terlampau excited katanya sehingga tak boleh tidur. π
7. Budget untuk makan dan hotel mestilah serendah yang boleh.
Aku dan wife boleh tidur di bilik yang tiada aircond atau bilik yang ada keperluan asas sahaja dan tidak perlukan hotel yang mewah. Makanan pula, kitaorg akan gabungkan sarapan dan makan tengahari (Brunch) supaya dapat jimatkan duit.
8. Suka pakai kasut hiking apabila travel.
Aku suka pakai kasut hiking kalau travel sebab senang, selesa dan boleh redah apa-apa permukaan jalan..hihihihi… kira macam All Terrain Shoes tapi kalau ada aktiviti air, kasut scuba atau kasut speedo akan dibawa sekali.
9. Lebih suka travel dengan keretapi daripada bas.
Aku lebih suka travel dengan keretapi daripada bas walaupun keretapi lambat dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi. Aku rasa naik keretapi lagi adventure dan tak perlu risau jika nak ke tandas. Kalau naik bas nanti kena suruh driver berhenti la pulak untuk ke tandas. Walau apa pun kena naik bas jugak sebab ada sesetengah lokasi yang tidak boleh sampai dengan keretapi. π
10. Vitamin Shaklee akan sentiasa dibawa bersama apabila travel.
Aku dan wife sentiasa membawa stok vitamin tambahan Shaklee apabila travel. Paling penting sekali minuman isotonik Performance Drink Shaklee. Maklumlah wife aku kan agen Shaklee yang berdaftar…hihihihi.. π
SiaplahΒ 10 Random Facts About Me: When Eshamz HalimΒ Travelling dan cabaran Puan Nana Tron telah pun disahut dengan jayanya. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak senaraikan tapi disebabkan hanya nak 10 jer kan. Ada banyak lagi jadual travel aku untuk tahun ini dan nantikanlah entrinya di blog ini nanti. π

wah fakta yang menarik seakan tips jimat ketika travel
Memang biasanya aku akan travel dgn budget serendah yg boleh… π
No 4 tu.. bab makanan tu aku rasa kita berkongsi minat yg sama lah bro hehee.. π
Biasa la tu bro… local food haruslah dicari…hihihi… π
Terbaikkkk !
Cabaran disahut dengan jayaaaa…
Jadi kita ada sikit-sikit persamaan..kalau travel bersama rasanya bleh ngamho !
Hehe daa~!
*pstt sempat pomot shaklee ehh….
Yup… cabaran dengan disahut dgn jayanya… kompomlah kalau kitaorg travel ngan ko mesti ler ngam nyer… sbb kepala lebih kurang cam ko jugak…ekekekeke… Shaklee kena lah promote oooo sbb biasanya kitaorg guna bonus shaklee tiap2 bulan tuk travel… π
masyuk gila jual shaklee …
baguih !
hihihihi… masyuk sgt tu takde laaa tapi boleh ler setakat wat topup mana2 yg kurang tuuu…. π
Seronok baca random facts yang macam entri ini, menarik dan berlainan dengan orang lain. Saya suka mengembara, tapi sejak mula kerja jarang dah keluar rumah. Jadi yang sempat keluar untuk makan je hehe. Memang seronok mengembara dengan orang tersayang. InsyaAllah tahun depan akan mengembara dengan ibu.
Hihihihi… TQ2..sis boleh la buat jugak entri camni… kira sis kena tag gak lah..hihihihi… π
ha..ha.. yg bab travel dgn camera…
saya stuju bang.. equitment cmera abg je dah satu beg..
btw nice entry abg sham..
ini smua adalah fakta..bkan auta ya π
ahahahahaha… betul tu sobri… ko dah 2 kali travel ngan aku kan so ko mesti tau..gadget kamera jer dah penuh satu beg kan.. π
ada a few similarity dlm fact ko ngan aku tapi no 3 tu sangat sama ngan aku..kalau aku travel, memang susah aku nak tido awal sebab rasa rugi tido awal and klu boleh nk enjoy every minute vacation walaupun esok kena bangun pagi…
Regards,
-Strider-
Betul tu bro… gi jauh2 pastu nak tdo cepat…tak best la kan…. kena ler enjoy every moment… π
Selalu travellers mmg susah nak tdo before travel. Perasaan excited tu lebih dr mengantuk haha
btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback π blog kami http://www.thetravelling3o.com kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.
Terima kasih π
Menarik gak blog The Travelling 3o ni… semoga berjaya dengan info2 yang lebih padat…. π
Menarik..
Best baca…
Memang betul2 backpacking nie..
Yang no.10 nye lagi best.. Minum PD..
Minum PD tu adalah wajib kalau kitaorg travel… π